◉ HEADLINES

‘Mafia Korporat’, antara isu dibangkitkan Dewan Rakyat hari ini

Perdana Menteri dijangka menjawab soalan-soalan yang dikemukakan menerusi sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, pagi ini

8:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan mengenai kegiatan “mafia korporat” dan isu salah guna kuasa melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) antara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di portal rasmi Parlimen, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) meminta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini mengenai dakwaan kegiatan “mafia korporat” yang melibatkan pelanggaran hukum dan tindakan yang telah diambil selama ini.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pula bertanya kepada Perdana Menteri mengenai status terkini siasatan kes penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Felda termasuk anak syarikatnya, Felda Investment Corporation.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan menerusi sesi soal jawab, dengan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) meminta Menteri Ekonomi menyatakan indikator dasar, sasaran kuantitatif dan tempoh pencapaian yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 bagi mengurangkan jurang pembangunan antara daerah.

Selain itu, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengemukakan soalan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai pencapaian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 serta nilai tambah dan pelaburan susulan yang bakal direalisasikan hasil memorandum persefahaman yang dimeterai.

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) pula meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bersedia menjadikan prinsip pelantikan berasaskan merit dan bebas daripada kepentingan politik sebagai antara dasar utama tadbir urus Tabung Haji selaras dengan satu daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Selesai sesi soal jawab, persidangan dijadual diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 pada peringkat dasar susulan pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan pada 9 Oktober lepas.

Berdasarkan takwim Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-15, perbahasan Belanjawan 2027 pada peringkat dasar berlangsung dari 12 hingga 22 Oktober sebelum sesi penggulungan oleh menteri berkaitan selama empat hari bermula 26 Oktober.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 37 hari hingga 8 Disember ini. – October 20, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related