◉ HEADLINES

MB Perlis digantung keahlian Bersatu selama dua penggal, cetus kemelut dalaman baru

Susulan penggantungan itu, Abu Bakar turut dilucutkan segala jawatan dipegang dalam parti dan tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti hingga tamat tempoh penggantungan

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah digantung keahlian Bersatu selama dua penggal pemilihan, berkuatkuasa 13 Oktober lalu, sekali gus mencetuskan kemelut dalaman baru dalam parti itu di negeri tersebut.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perlis Izizam Ibrahim mengesahkan penggantungan itu.

Notis penggantungan bertarikh 14 Oktober itu antara lain menyatakan Lembaga Disiplin Bersatu yang bersidang pada 13 Oktober memutuskan untuk menggantung hak keahlian Abu Bakar selama dua penggal pemilihan parti berkuat kuasa dari tarikh surat itu dikeluarkan.

Keputusan itu dibuat berikutan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis itu yang melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

Susulan penggantungan itu, Abu Bakar turut dilucutkan segala jawatan dipegang dalam parti dan tidak boleh membuat sebarang kenyataan atas nama parti hingga tamat tempoh penggantungan.

Berhubung kedudukan Abu Bakar sebagai Menteri Besar, Izizam yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kepenggunaan Sumber Manusia dan Modal Insan negeri berkata jawatan itu sewajarnya dilepaskan secara sukarela jika seseorang ahli politik mengamalkan prinsip gentleman (lelaki budiman).

“Tetapi semua itu saya tunggu arahan (Bersatu) Pusat,” katanya, lapor Bernama.

Izizam bagaimanapun berkata, Abu Bakar masih boleh membuat rayuan untuk dipertimbangkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis itu. – 21 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related