◉ HEADLINES

PM mohon maaf keputusan haramkan aplikasi Waze, soal keselamatan tidak boleh dikompromi

Anwar berkata soal keselamatan negara dan rakyat tidak boleh dikompromi sama sekali kerana kedaulatan negara serta keselamatan maklumat peribadi rakyat mesti kita pertahankan

6:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon mohon maaf andainya keputusan pengharaman aplikasi navigasi Waze, milik rejim Israel menyusahkan rakyat.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, soal keselamatan negara dan rakyat tidak boleh dikompromi sama sekali kerana kedaulatan negara serta keselamatan maklumat peribadi rakyat mesti kita pertahankan.

“Pendirian tegas Malaysia menentang kekejaman rejim Israel menuntut kita sentiasa berwaspada terhadap risiko keselamatan negara.

“Saya menyeru rakyat untuk bersama-sama mendukung usaha mempertahankan kedaulatan negara serta melindungi keselamatan maklumat kita, kerana tanggungjawab ini memerlukan sokongan dan kesatuan seluruh rakyat,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan aplikasi navigasi Waze di Malaysia.

Beliau berkata langkah itu mungkin dilakukan selepas kerajaan meneliti alternatif bagi menggantikan Waze, termasuk keupayaan tempatan untuk membangunkan aplikasi seumpamanya yang mampu berfungsi dengan baik.

“Hal ini tak boleh nak tangguh, satu hari pun tak boleh. Ada orang kata patut sabar dulu, semak dulu. Saya kata dah sah kalau gunakan Waze, maknanya secara automatik dia menyerahkan semua maklumat kepada Israel. Jadi ini soal keselamatan rakyat dan negara, saya tidak boleh kompromi,” katanya.

Rabu lepas, kerajaan memutuskan untuk melarang semua penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze, bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, kerajaan akan terus menambah baik aplikasi TuJu bagi memudahkan perjalanan rakyat.

Pada masa sama, katanya, rakyat boleh menggunakan aplikasi navigasi lain selain Waze yang ditunjangi rejim Israel. – 23 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related