◉ HEADLINES

Zahid beri bayangan Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang PRN Melaka

Zahid berkata ia bersandarkan keyakinan terhadap Ab Rauf berasaskan rekod kepimpinan dan potensi besar yang ditonjolkan sejak memegang jawatan Setiausaha Kerja Umno sebelum ini

8:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan kekal sebagai Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) bersama rakan strategiknya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan bulan depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia bersandarkan kepada keyakinan Ab Rauf berasaskan rekod kepimpinan dan potensi besar yang ditonjolkan sejak memegang jawatan Setiausaha Kerja Umno sebelum ini.

“Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. Itulah dia Datuk (Seri) Rauf.

“Insya-Allah Datuk Rauf, walaupun kita ‘order’ barang (secara) online, barang yang ‘order’, barang itulah juga yang Melaka akan dapat,’’ katanya.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera BN Parlimen Jasin di Dewan Alamanda, di Melaka, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi PRN Melaka pada 14 November ini, dengan penamaan calon pada 31 Oktober dan undi awal pada 10 November.

PRN Melaka yang diadakan pada 2021 menyaksikan BN menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan, sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Dalam pada itu, Ab Rauf pula berkata, jentera pilihan raya BN perlu bekerjasama dengan PAS tanpa prasangka memandangkan kepimpinan kedua-dua parti telah bersetuju untuk bekerjasama pada PRN ini.

Ab Rauf Yusoh turut menggesa jentera parti menerima keputusan berkenaan dengan fikiran terbuka dan menyelaraskan usaha mereka dengan rakan-rakan daripada PAS.

“Bekerjasamalah dengan PAS. Keputusan telah dibuat dan saya menyeru seluruh jentera pilihan raya kita untuk bergerak bersama jentera mereka.

“Kerjasama ini mesti dilakukan tanpa prasangka,” katanya.

PRN ini, kata beliau bukan sahaja akan menentukan masa depan Melaka, malah menjadi ujian penting menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Ini juga merupakan satu langkah ke arah pilihan raya umum,’’ katanya. – 24 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

◉ Related