◉ HEADLINES

Bersatu meterai CSA dengan Kerajaan Madani, jamin sokong Bajet 2027

Selain berkaitan belanjawan, CSA itu antara lain menetapkan sokongan Ahli Parlimen tersebut terhadap perkara penting yang ingin dibentangkan kerajaan termasuk reformasi institusi berkaitan cadangan menentukan terma Perdana Menteri kepada maksimum dua penggal serta pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya

5:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam Ahli Parlimen Bersatu diketuai presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani Perjanjian Kepercayaan dan Pembekalan (CSA) dengan Kerajaan Madani hari ini, dengan syarat menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 atau Bajet 2027.

Selain Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh, yang lain ialah dua Naib Presiden, iaitu Datuk Dr Radzi Jidin serta Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan dua Ahli Parlimen parti tersebut Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi) dan Datuk Ali Biju (Saratok).

Yang turut menandatangani perjanjian itu Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA) dan beberapa Ahli Parlimen lain antaranya Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Menurut Muhyiddin, pemeteraian itu mencontohi persefahaman rentas pasti yang pernah dilaksanakan ketika era pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Fokus utama perjanjian bagi memastikan pentadbiran negara berjalan teratur dalam mendepani isu kos sara hidup dan ekonomi rakyat.

“Ia bagi mewujudkan situasi negara yang lebih stabil untuk meneruskan urusan-urusan penting bagi rakyat terutama dalam soal ekonomi, kos sara hidup dan sebagainya.

“Turut dibincangkan ialah perkara berkaitan reformasi institusi, termasuk cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum dua penggal serta memisahkan kuasa Peguam Negara,’’ katanya.

Beliau memberitahu, kestabilan yang diperoleh itu dapat membantu kerajaan mengurusakan negara dengan lebih teratur.

Pemeteraian memorandum tersebut melibatkan Kerajaan Persekutuan yang diwakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Majlis pemeteraian di Bangunan Parlimen itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said serta Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mewakili kerajaan.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan persetujuan tersebut tidak mengubah status Bersatu di Dewan Rakyat dan parti itu kekal menjalankan peranan di blok pembangkang.

“Kami, saya khususnya daripada pihak Bersatu dan pembangkang masih meneruskan tanggungjawab kita untuk check and balance.

“Perjanjian ini tidak bermakna bahawa kita lepas daripada tanggungjawab kita sebagai pembangkang. Masih kekal pembangkang,” tambah beliau.

Beliau berkata perjanjian berkenaan dirangka untuk terus berkuat kuasa sehingga Parlimen dibubarkan, tertakluk kepada kepatuhan terma-terma yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. – 29 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related