◉ HEADLINES

‘Kalau tak puas hati, sila keluar, tak perlu tunggu dipecat dari Kabinet’ gesa Amanah kepada BN

Khalid berkata jika parti itu mempunyai harga diri dan mempunyai prinsip, maka ia perlu keluar daripada Kabinet

4:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tidak berpuas hati dan tidak berminat untuk terus berada dalam Kerajaan Perpaduan diminta keluar daripada Kabinet, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah, Khalid Abdul Samad.

Menurutnya, BN dan Umno kelihatan tidak begitu gembira berada dalam Kerajaan Perpaduan, justeru mereka perlu keluar dari Kabinet tanpa menunggu untuk dipecat.

Jelasnya, jika parti itu mempunyai harga diri dan mempunyai prinsip, maka ia perlu berbuat demikian.

“Saya nak sebutkan pada mereka sekiranya mereka benar-benar tidak berpuas hati dan tidak berminat untuk meneruskan Kerajaan Perpaduan ini, maka sila keluar daripada jerit.

“Tidak perlu tunggu kita pecat kalau awak rasa awak sudah kuat, awak rasa awak tak boleh terima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, awak cakap biar serupa bikin.

“Daripada kutuk-kutuk dan sebagainya, sila keluar, tak ada orang yang halang kamu keluar tetapi kita tahu dia tak akan keluar kerana dia hendak jadi dalam kerajaan,’’ katanya pada sidang media selepas Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Khalid turut mendakwa Umno sebagai parti yang tidak berprinsip dan ‘makan keliling’ dengan mengambil kesempatan untuk berada di dalam kerajaan.

Pada Sabtu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju dengan dasar dan kepimpinan Kerajaan Perpaduan sepatutnya mempertimbangkan untuk meninggalkan pentadbiran itu daripada mengkritiknya secara terbuka.

Jelas Muhyiddin, jika beliau menjadi Perdana Menteri, sudah lama beliau merombak Kabinet dan memecat mereka itu.

Ini kerana, katanya, pendirian BN semakin menimbulkan kekeliruan memandangkan parti itu masih mempunyai wakil dalam kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri.

“Kalau saya jadi Perdana menteri, saya sudah lama memecat mereka. Saya akan merombak Kabinet bagi memastikan mereka yang tidak bersetuju dengan saya tidak boleh kekal di situ, malah tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Sebab mereka akan menggagalkan segala dasar kerajaan. Mungkin tujuan itulah yang mereka lakukan supaya kerajaan yang dipimpin Anwar akan tumbang,” katanya. – 8 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related