◉ HEADLINES

Pengerusi IKIM Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia: pegawai khas

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 11.27 pagi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia kira-kira jam 11.27 pagi tadi pada usia 76 tahun.

Khabar itu disahkan oleh pegawai khasnya, Firhan Rosli menerusi kenyataan yang dikongsi di laman sosial hari ini.

Beliau berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 11.27 pagi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

“Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, dimaklumkan bahawa Murabbi kita semua, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty, telah kembali ke rahmatullah.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam dan negara, khususnya dalam bidang dakwah, keilmuan dan pemikiran Islam,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Firhan turut menyeru orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

Muhammad Nur, dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada 8 Mei 2023.

Cukup dikagumi berikutan sumbangan besarnya dalam pengukuhan wacana pemikiran Islam di negara ini, tidak hairanlah beliau merupakan tokoh yang cukup dihormati dalam kalangan ilmuan Islam. – 26 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related