â—‰ HEADLINES

Malaysia zahir penghargaan pada Iran, benar kapal minyak lalu Selat Hormuz bantu stabil ekonomi

Keputusan Iran itu amat penting dalam memastikan kelangsungan bekalan tenaga, sekali gus membantu mengekang tekanan terhadap kos sara hidup rakyat dan menyokong kestabilan ekonomi negara

8:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi, kerana keputusan Iran membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz.

Penghargaan itu dizahirkan dalam pertemuan dengan Valiollah Mohammadi di sela-sela Kuala Lumpur–Ankara Dialogue awal hari ini.

Menurutnya, langkah Iran itu membantu mengekang tekanan terhadap kos sara hidup rakyat dan menyokong kestabilan ekonomi negara.

“Dalam suasana ketidaktentuan susulan krisis Asia Barat, saya menzahirkan penghargaan Malaysia atas keputusan Iran membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz.

“Langkah ini amat penting dalam memastikan kelangsungan bekalan tenaga, sekali gus membantu mengekang tekanan terhadap kos sara hidup rakyat dan menyokong kestabilan ekonomi negara,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebuah kapal tangki yang disewa oleh syarikat Malaysia dan membawa kira-kira satu juta tong bekalan minyak mentah dijangka tiba di Pengerang, Johor pada 17 April ini.

Berdasarkan maklumat daripada laman web jejak perkapalan marinetraffic.com, kapal tersebut berlepas dari Terminal Minyak Basra, Iraq pada pukul 6.10 petang, 3 Mac lalu.

Kementerian Luar sebelum ini mengesahkan bahawa sebuah daripada tujuh kapal milik Malaysia yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz susulan konflik di Asia Barat, telah diberikan laluan selamat dan kini meneruskan pelayaran ke destinasi akhir.

Perkara itu susulan penglibatan diplomatik peringkat tinggi antara Anwar dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada 26 Mac lepas yang membolehkan Malaysia memperoleh kebenaran bagi tujuh kapal negara ini menyambung semula perjalanan mereka.

Perjalanan di Selat Hormuz, sebuah laluan sempit strategik yang menyaksikan 20 peratus daripada minyak mentah dan gas dunia melaluinya, terjejas berikutan serangan berterusan Amerika Syarikat dan Israel ke atas wilayah serta kemudahan Iran sejak 28 Februari lepas. – 7 April, 2026

Topics

 

â—‰ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

â—‰ Related