HEADLINES

Remaja berkomplot dengan dua rakan, ‘kebas’ duit Tabung Haji ibu kandung berjumlah RM25,000

Si anak menipu kononnya memerlukan wang bagi dilepaskan selepas mendakwa telah ditahan polis

4:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang remaja berusia 15 tahun disyaki berkomplot dengan dua rakan bagi menipu ibu kandungnya, kononnya dia telah ‘ditahan’ polis dan memerlukan wang berjumlah RM25,000 untuk dilepaskan.

Ini selepas remaja tersebut dikatakan ‘menghilangkan diri’ dari rumah pada 27 November lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, pengadu iaitu ibu remaja berkenaan, 58, dan bekerja sebagai pembantu klinik di Masjid Tanah, Melaka, pada awalnya telah didatangi rakan anaknya yang berusia 17 tahun.

Menurutnya, individu tersebut menyatakan bahawa anaknya telah ditahan dan memerlukan wang untuk dilepaskan.

“Pada 29 November lalu, pengadu pergi ke Tabung Haji Cawangan Masjid Tanah untuk mengeluarkan wang berjumlah RM25,000 dan menyerahkan wang tersebut secara tunai kepada individu berkenaan.

“Pengadu kemudiannya membuat semakan di Balai Polis Seremban melalui adik iparnya dan hasil semakan mendapati tiada sebarang tangkapan dibuat atas penama iaitu anak pengadu. Dalam perkara ini pengadu mengesyaki diri telah ditipu dengan rakan anaknya itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan tiga suspek termasuk anak kepada pengadu yang dipercayai bersubahat dengan rakannya itu dan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang menyamar sebagai polis.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan dituduh esok di Mahkamah Majistret Alor Gajah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.

Kata Arshad, anak pengadu dan rakannya itu masih bersekolah di sebuah sekolah di Masjid Tanah.

“Kesemua mereka tiada sebarang rekod jenayah sebelum ini,” katanya. – 18 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Related