◉ HEADLINES

Rakyat Malaysia ditahan bawa 100 kg dadah di Brunei, miliki dua rekod jenayah

Polis menerima maklumat daripada Biro Kawalan Narkotik (BKN) Brunei berhubung penahanan lelaki berkenaan bersama-sama dadah disyaki syabu seberat kira-kira 100 kg, yang dianggarkan bernilai RM5 juta

8:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Brunei bersama-sama lebih 100 kilogram (kg) dadah disyaki syabu di Pos Kawalan Sungai Tujoh, sempadan Brunei-Miri, Sarawak pada 31 Oktober lalu mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan, suspek yang berusia 46 tahun itu berasal dari Miri itu dipercayai dalam perjalanan ke Sabah ketika ditahan.

Tambahnya, pihaknya menerima maklumat daripada Biro Kawalan Narkotik (BKN) Brunei berhubung penahanan lelaki berkenaan bersama-sama dadah disyaki syabu seberat kira-kira 100 kg, yang dianggarkan bernilai RM5 juta.

“Berdasarkan maklumat daripada BKN Brunei lelaki terbabit ditahan ketika memasuki negara itu dari Miri, Sarawak dan dipercayai menggunakan laluan di negara berkenaan sebagai transit sebelum masuk semula ke Malaysia.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek dijangka meneruskan perjalanan melalui Kuala Belait, Seria, Tutong, dan Bandar Seri Begawan sebelum menuju ke Temburong melalui Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien,’’ katanya, lapor Bernama.

Pada 31 Oktober lalu, pihak berkuasa Brunei melaporkan rampasan 102.19 kg syabu yang disembunyikan dalam 100 bungkusan teh di Pos Kawalan Sungai Tujoh, sempadan Brunei-Miri, Sarawak dianggarkan bernilai kira-kira BND2.8 juta, dan menjadi rampasan dadah terbesar pernah direkodkan di pos kawalan berkenaan.

Selain syabu, pihak berkuasa Brunei turut merampas empat pil Erimin 5, wang tunai RM1,180, SGD10, BND10 dan 500 baht, dua telefon bimbit, serta sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.

Mengulas lanjut, Hussein berkata lelaki itu dipercayai memasuki semula Sarawak melalui laluan Labu-Mengkalap sebelum meneruskan perjalanan ke Sabah melalui Merapok-Sindumin.

“JSJN akan meneruskan kerjasama risikan dengan BKN Brunei untuk mengenal pasti sumber bekalan dadah dan kemungkinan kaitannya dengan rangkaian sindiket di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, pihak berkuasa Brunei melaporkan rampasan 102.19 kg syabu yang disembunyikan dalam 100 bungkusan teh di Pos Kawalan Sungai Tujoh, sempadan Brunei-Miri, Sarawak dianggarkan bernilai kira-kira BND2.8 juta, dan menjadi rampasan dadah terbesar pernah direkodkan di pos kawalan berkenaan.

Selain syabu, pihak berkuasa Brunei turut merampas empat pil Erimin 5, wang tunai RM1,180, SGD10, BND10 dan 500 baht, dua telefon bimbit, serta sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan. – 9 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Strengthening graduate employability and labour market alignment in Malaysia – Ramanan Ramakrishnan

With unemployment at an 11-year low, data from MYFutureJobs highlights growing demand for skilled roles and the need to better align graduate expectations with industry needs

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related