◉ HEADLINES

Tiada lagi soalan ‘bila nak kahwin’ Hans Isaac umum pertunangan dengan Francisa Luhong

Pengerusi Finas itu mengumumkan pertunangannya dengan bekas Miss Universe Malaysia, Francisa Luhong James.

4:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang selepas mengumumkan pertunangan dengan bekas ratu cantik, Francisa Luhong James.

Hans, 55, yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), berkongsi berita gembira berkenaan menerusi Instagram hari ini dengan memuat naik gambar bersama bakal isterinya yang kelihatan menyarungkan cincin pertunangan.

Dia melamar Francisca di Menara Eiffel, Paris.

Dalam hantaran itu, Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac meluahkan rasa syukur kerana bakal melangkah ke fasa baharu kehidupan bersama insan yang disifatkannya sebagai “orang paling disayangi”, selain menyifatkan keputusan melamar wanita itu sebagai yang terbaik pernah dibuatnya.

Beliau turut mendedahkan Francisa berketurunan Kayan dan Iban, sambil berseloroh wanita itu kini sudah “terikat” dengannya sepanjang hayat selepas menerima lamarannya.

“Dia kata ya! Selamanya bersama insan kesayangan saya. Untuk selamanya bersamamu, sayangku dan bakal isteriku. Keputusan terbaik yang pernah saya buat dan dia kata ya,” tulisnya.

Hans yang sekian lama berstatus bujang turut mengambil kesempatan itu untuk mengusik peminat yang sering bertanyakan mengenai perancangan perkahwinannya dengan berkata:

“Tiada lagi… Hans bila nak kahwin?” katanya.

Hans sebelum ini pernah bertunang dengan bekas ratu cantik, Aileen Gabriella Robinson pada Januari 2017, namun mereka tidak meneruskan perancangan untuk berkahwin.

Francisa yang berasal dari Kuching, Sarawak merupakan seorang model dan ratu cantik yang dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020.

Beliau kemudian mewakili Malaysia pada pertandingan Miss Universe 2020.

Pengumuman pertunangan Hans itu turut menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan dalam industri hiburan serta pengguna media sosial yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan selamat buat pasangan berkenaan. – 16 November 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related