◉ HEADLINES

BN janji kembalikan GST jika berjaya tawan Putrajaya: Zahid

Zahid berkata cadangan itu bukan bertujuan menolak Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan ketika ini sebaliknya memastikan negara mengamalkan sistem percukaian yang lebih saksama.

1:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berjanji akan mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya gabungan itu kembali mentadbir negara, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan itu bukan bertujuan menolak Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan ketika ini sebaliknya memastikan negara mengamalkan sistem percukaian yang lebih saksama.

“Saya amat bersetuju supaya GST dikembalikan. Ini bukan bermakna SST tidak baik, tetapi GST lebih adil dan bersasar,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung ke-4, Perwakilan Pusat MCA Penggal ke-30 di sini, hari ini.

GST mula diperkenalkan di Malaysia pada April 2015 sebelum dimansuhkan pada 2018 dan digantikan dengan SST.

Mengulas lanjut, Zahid berkata lebih 170 negara telah melaksanakan GST, manakala Malaysia masih antara negara yang tidak mengamalkan sistem percukaian itu.

BN, katanya, sebelum ini telah melakukan yang terbaik dalam pelaksanaan GST dan menyatakan tekadnya untuk memperjuangkan pelaksanaan semula cukai berkenaan.

“Saya bertekad, bersama-sama rakan dalam Barisan, bahawa jika kita memutuskan untuk mengembalikan GST, kita akan terus memperjuangkannya,” katanya.

Beliau turut memberitahu, MCA perlu memainkan peranan lebih besar dalam memperjuangkan isu itu, sambil menegaskan suara parti berkenaan perlu didengari dalam usaha gabungan itu memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Suara MCA kena kuat dalam memperjuangkan perkara ini. Saya setuju GST dikembalikan. ini bukan soal Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kononnya lebih adil dan berfokus,’’ katanya. – 22 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related