◉ HEADLINES

Saham Nvidia melonjak lebih 30% selepas Jensen Huang kembali sebagai CEO

Keputusan Lembaga Pengarah syarikat itu dibuat dalam tempoh kurang seminggu selepas Pengerusinya, Harvey Jones memaklumkan Nvidia tidak akan mengambil semula Huang sebagai CEO kerana tingkah laku peribadinya bercanggah dengan kod tatakelakuan syarikat.

9:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nvidia mengembalikan Jensen Huang ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di bawah tekanan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dalam satu perubahan pendirian yang mengejutkan, selepas meletak jawatan pada 12 November lalu.

Selepas pengumuman berkenaan, saham Nvidia ditutup 30 peratus lebih tinggi pada akhir dagangan sekali gus mencatatkan prestasi harian terbaik sejak 2003.

Ia juga melonjakkan nilai pasaran syarikat pengeluar cip itu sebanyak AS$952 bilion dalam tempoh sehari.

Bagaimanapun, peningkatan itu masih belum mencukupi untuk menghapuskan semua kerugian sejak beliau meletakkan jawatan pada 12 November.

Keputusan Lembaga Pengarah syarikat itu dibuat dalam tempoh kurang seminggu selepas Pengerusinya, Harvey Jones memaklumkan Nvidia tidak akan mengambil semula Huang sebagai CEO kerana tingkah laku peribadinya bercanggah dengan kod tatakelakuan syarikat.

Ia susulan pendedahan mengenai beberapa hubungan sulit Huang, termasuk dengan seorang wanita yang didakwa menjadi perisik China.

Keadaan ini sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan pakar tadbir urus mengenai kebebasan lembaga pengarah itu, meskipun siasatan syarikat masih belum selesai.

Dalam satu kenyataan, Nvidia berkata berdasarkan maklum balas kerajaan Amerika Syarikat, lembaga pengarah yakin “pengembalian semula Huang tidak menimbulkan sebarang risiko terhadap keselamatan negara”.

Kenyataan itu turut disokong Trump dalam satu temu bual bersama CNBC.

Menurut Trump, beliau percaya Huang “tidak melakukan sebarang kesalahan” dan telah bercakap secara langsung dengan lembaga pengarah mengenai pengembalian semula beliau ke jawatan itu.

Trump memberitahu penasihat dan pegawainya bahawa Huang perlu dikembalikan bagi membantu menstabilkan pasaran, menurut satu sumber kepada CNN.

Portfolio pelaburan presiden itu mempunyai pelaburan berjuta-juta dolar dalam saham Nvidia, namun White House secara konsisten menafikan Trump mempunyai sebarang pengaruh terhadap akaun pelaburannya.

Dengan kembalinya Huang, ia menamatkan minggu yang penuh dengan perkembangan pantas sehingga menggoncang pasaran dan memberi kesan kepada ekosistem kecerdasan buatan (AI), yang bergantung kepada Nvidia dalam pelbagai aspek, daripada pembekalan cip hinggalah pembiayaan pembangunan besar-besaran industri itu. – 24 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related