◉ HEADLINES

Turkiye belum bersedia terima 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia: Anwar

11:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Turkiye belum bersedia untuk menerima 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia kerana negara itu kini sedang menanggung jumlah pelarian yang banyak dari negara lain, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri mendapat pengesahan daripada kerajaan Turkiye yang kini menanggung lebih empat juta pelarian dan menampung paling banyak pelarian di dunia.

“Bagi Malaysia, kita memohon supaya dipertimbangkan untuk menyelesaian sebahagian masalah kita tetapi Turkiye belum bersedia mempertimbangkan sebab menganggung lebih 4 juta pelarian dari negara Teluk, Arab dan negara jiran,’’ katanya pada sesi pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 20 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata seramai 10,000 pelarian Rohingya bakal ditempat di Türkiye melalui satu program latihan kemahiran berstruktur.

Bagaimanapun hantaran berkenaan yang dibuat menerusi Facebook beliau telah dipadamkan.

Dalam pada itu mengulas mengenai kenyataan Zahid itu, Anwar berkata, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu berdasarkan keputusan negara untuk mencari tempat di negara ketiga memandangkan Malaysia tidak boleh menampung jumlah pelarian yang ramai.

“Dalam konteks ini dengan maksud beliau untuk mendapat dokongan Turkiye, saya telah mendapatkan penjelasan langsung dari negara berkenaan dan Turkiye belum bersedia.

“Kita hormat keputusan Turkiye yang tidak bersedia dan saya tidak fikir perkara ini perlu dipanjangkan dan saya hormat keputusan Turkiye apatah lagi negara itu telah mengambil jutaan orang,’’ katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah yang menyifatkan kenyataan Zahid mengenai 10,000 pelarian Rohingya itu telah menjadikan Malaysia sebagai bahan lawak dunia.

“Macam mana TPM boleh mengeluarkan kenyataan itu, yang menyebabkan rakyat Turkiye marah dan adakah insiden ini memudaratkan hubungan kita dengan negara itu,’’ soalnya. – 24 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related