HEADLINES

5 kawasan catat IPU tidak sihat di Johor, Negeri Sembilan

Sehingga kini, hanya lapan kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU baik, dua kawasan IPU sihat dan 54 kawasan IPU tahap sederhana

6:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat kawasan di Johor dan satu di Negeri Sembilan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, iaitu antara 105 hingga 160 hingga setakat jam 4 petang ini.

Berdasarkan data laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan di Johor itu adalah Larkin dengan bacaan tertinggi 160, diikuti Pasir Gudang (156), Batu Pahat (153) dan Kota Tinggi (123).

Manakala, Negeri Sembilan membabitkan kawasan Nilai dengan bacaan 105.

“Sehingga kini, hanya lapan kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU baik di bawah 50, iaitu Taiping (50), Kedah (50) dan tiga kawasan di Pulau Pinang, iaitu Balik Pulau (48); Seberang Jaya (43) serta Minden (44).

“Dua kawasan, Sungai Petani Kedah dan Langkawi, masing-masing mencatatkan IPU sihat, iaitu 40 serta 32, selain di Sabah, Kota Kinabalu merekodkan 35 dan Kimanis (28),” katanya.

Sementara itu, baki 54 kawasan lain di seluruh negara, mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana (bawah 100).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh melayari laman web http://apims.doe.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai bacaan IPU semasa.

Media sebelum ini melaporkan, sejumlah 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 di Sumatera, Indonesia yang dijangka mengakibatkan jerebu di beberapa negara selatan Asean.

Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dilaporkan berkata, trajektori asap jerebu dari Kalimantan akan memberi kesan terhadap beberapa negeri di timur Malaysia, selain ia dijangka melanda beberapa hari bermula Ahad lalu.

Ujarnya, berdasarkan kepada imej satelit NOAA-20 pada 30 September lalu yang direkodkan Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC), tiada bilangan titik panas bagi kategori High Confidence Level direkodkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. – 7 September, 2023

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Related