HEADLINES

Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat – PM

Payung Rahmah adalah antara inisiatif sasaran jangka pendek dalam Ekonomi Madani, telah digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan rakyat

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata inisiatif cetusan idea Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub itu akan menjadi pembakar semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk melakukan yang terbaik demi negara.

“Semua yang mengenali beliau amat terkesan sekali dengan pemergian tokoh hebat ini. Kerja keras dan kesungguhan beliau dalam menangani beban sara hidup rakyat akan menjadi pembakar semangat untuk kita semua melakukan yang terbaik untuk Malaysia tercinta,” kata beliau.

Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup – Gambar Twitter Jabatan Penerangan, 27 Julai, 2023

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan antara jemaah menteri yang hadir ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar berkata konsep Payung Rahmah adalah antara inisiatif sasaran jangka pendek dalam Ekonomi Madani, telah digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan rakyat.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada Ahad lepas selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Selama hayatnya, Salahuddin amat komited dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup. – 27 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related