HEADLINES

Puas hati prestasi kerajaan Selangor namun mahu isu ekonomi diberikan penekanan

Golongan anak muda di Sekinchan mahu pentadbiran Kerajaan Perpaduan dikekalkan di Selangor

8:00 AM MYT

 

SABAK BERNAM – Majoriti anak muda di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan mahu Kerajaan Perpaduan terus mentadbir Selangor kerana berpuas hati dengan manfaat yang diperolehi mereka selama ini.

Namun pada masa sama mereka meminta supaya isu ekonomi termasuk kenaikan harga barang terus diberikan perhatian.

Menurut pengendali dron pertanian, Muhammad Wan Fazli Muhammad Saman, 24, ketika ini antara kemarahan yang diluahkan kepada Kerajaan Persekutuan adalah disebabkan oleh kos sara hidup yang masih belum diselesaikan.

“Saya memahami ramai yang marah dengan Kerajaan Persekutuan kerana ketika ini selah-olah masih tiada perancangan solid khususnya dalam menyelesaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Namun Kerajaan Perpaduan Selangor perlu dikekalkan supaya lebih banyak manfaat dapat kita terima,’’ katanya ketika ditemui Scoop, ditemui di Jalan Haji Omar, Sekinchan.

Muhammad Wan Fazli Muhammad Saman berkata ketika ini antara kemarahan yang diluahkan kepada Kerajaan Persekutuan adalah disebabkan oleh kos sara hidup yang masih belum diselesaikan – Gambar Scoop, 28 Julai, 2023

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ini, Ng Suee Lim telah dipilih untuk mempertahankan kerusi DUN Sekinchan.

Seorang lagi mahasiswa, Ahmad Azahar Md Noor, 22, pula berkata, golongan muda mempunyai kapasiti penilaian yang baik dalam pemilihan calon yang sesuai untuk memimpin negara.

“Banyak kemudahan yang telah disumbangkan kerajaan PH untuk rakyat antaranya bas percuma, wifi percuma, dapat kad Peduli Sihat lagi dan sebagainya jadi perbelanjaan juga dapat dikurangkan,’’ katanya.

Ahmad Azahar Md Noor berpendapat golongan muda mempunyai kapasiti penilaian yang baik dalam pemilihan calon yang sesuai untuk memimpin negara – Gambar Scoop, 28 Julai, 2023

Dalam pada itu, salah seorang anak muda itu yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP), Azhad Sabiq Abdullah, 20, pula berkata, banyak manfaat diperolehi oleh golongan muda dan penduduk setempat yang kebanyakan hidup secara sederhana.

“Wakil rakyat sebelum ini memahami permasalahan kami yang hidup serba sederhana. Kita sudah cukup berasa senang berada di Selangor, cuma yang kita bimbangkan adalah keadaan ekonomi yang menyebabkan harga barang semakin naik.

Azhad Sabiq Abdullah berkata wakil rakyat sebelum ini memahami permasalahan penduduk setempat yang hidup serba sederhana

“Pada masa sama, keperluan untuk mengekalkan kestabilan politik sebab saya rasa Selangor sebuah negeri maju dan menjadi benchmark negeri lain. Kalau ada perubahan yang hendak ditawarkan mesti ada wow factor lebih baik daripada sekarang,” katanya. – 28 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Related