HEADLINES

Saifuddin persoal kertas siasatan kecurian REE di Kedah tidak dibuka, ‘PTG lindung siapa’?

Beliau hairan kerana bukan mudah sesiapa masuk ke tapak milik MBI berkenaan tanpa pengetahuan pihak berkuasa

8:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bagaimana kes kecurian unsur nadir bumi (REE) boleh berlaku di Bukit Enggang, Sik sedangkan kawasan berkenaan dikawal ketat Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah.

Itu persoalan dilontarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung insiden terbabit.

Tegasnya, apa yang berlaku adalah menghairankan kerana bukan mudah untuk sesiapa masuk ke tapak lombong REE di situ dan membawa keluar mineral tanpa pengetahuan pihak berkuasa, memandangkan kawasan berkenaan adalah milik MBI Kedah.

“Tiga hari lalu, saya sendiri ditemani Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, naik ke lokasi kecurian terbabit dan untuk sampai ke situ, perlu melepasi empat pagar keselamatan yang semuanya berpengawal.

“Tanah itu adalah milik MBI dan logiknya, siapa yang letak kawalan di situ kalau bukan MBI? MBI kemudiannya memberikan hak kepada syarikat terbabit.

“Jadi siapa yang mencuri dan membiarkan kecurian ini berlaku? Mereka ini adalah syarikat yang diberi kebenaran dan sememangnya berada dalam pengetahuan MBI,” katanya pada sidang media di Pejabat PKR Kedah di Alor Setar hari ini, seperti dilaporkan BH.

Saifuddin berkata, beliau terkilan dengan tindakan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) Kedah yang tidak membuka kertas siasatan berhubung kes kecurian 360 kampit REE itu yang dirampas pada 31 Januari lalu.

“Jadi siapa yang mereka hendak lindungi sedangkan Pengarah Jabatan Hutan sudah menulis kepada Pengarah PTG mengenai rampasan dibuat,” katanya.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata, kertas siasatan langsung tidak dibuka hingga kini, sedangkan barang kes sudah ‘mereput’ di dalam stor Jabatan Hutan.

“Kes ini tak menggamit minat PTG dan nampak macam ada sesuatu yang tak kena. Apakah membuka kertas siasatan bermaksud mereka kena siasat sampai kepada Menteri Besar? Sebab itu saya tanya mereka nak sembunyi siapa atau nak selindungi siapa sampai tak mula menyiasat langsung?” katanya.

Justeru, Saifuddin mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan nilai kerugian ditanggung kerajaan negeri akibat kecurian REE di tapak berkenaan.

Ujarnya, Muhammad Sanusi sehingga kini dilihat cuba mengelak menjawab setiap persoalan dilontarkan kepadanya berkaitan kejadian kecurian REE, sebaliknya cuba mengalih perhatian umum kepada isu lain.

Malah, Saifuddin berkata, kerugian berlaku akibat kecurian REE itu dianggap sangat besar berdasarkan harga pasaran mineral yang dilaporkan mencecah RM7,000 sekilogram, selepas berlaku kegiatan melombong secara haram sejak dua tahun lalu.

Pada sidang media sama, Saifuddin menyoal Sanusi apakah pemimpin itu sudah membuat anggaran kerugian akibat kehilangan hasil kepada Kedah selama kecurian berlaku.

“Beliau mesti ambil tanggungjawab ini, beliau tak boleh nafikan. Beliau kena buat anggaran berapa sudah nilai kerugian dan kehilangan hasil kepada Kedah selama insiden ini berlaku,” katanya. – 30 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related