◉ HEADLINES

Noorazli yakin menangi hati pengundi Dengkil, prestasi Adun sebelum ini kecewakan penduduk

Masyarakat setempat terluka sikap wakil rakyat terdahulu kerana tiada kemajuan seperti dimahukan, ba­nyak program setempat pun tidak hadir

9:14 AM MYT

 

DENGKIL –  Calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, Noorazli Said positif parti itu mampu merampas semula kerusi berkenaan susulan kekecewaan masyarakatnya terhadap wakil rakyat sebelum ini yang disifatkan tidak menghargai mereka.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sepang itu berkata, masyarakat di kawasan berkenaan sudah memberi peluang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terdahulu daripada Bersatu, Adhif Syan Abdullah, namun tiada kemajuan yang diingini, dirasai selama tempoh pemerintahannya.

“Kalau kita lihat sebagai contoh, semasa berlaku bencana alam seperti banjir dan ribut, kelibat Adun atau wakil pemimpin PN langsung tiada untuk membantu, berbanding jentera BN yang aktif turun padang menyantuni rakyat.

“Rakyat kecewa lihat prestasi pemimpin mereka sebelum ini apabila ba­nyak program setempat pun tidak hadir. Jadi, cukuplah sudah memilih (PN) atau ‘calon pelancong’ daripada gabungan itu pada pilihan raya ini,” katanya ketika ditemui Scoop di sini.

Dalam pada itu, Noorazli berkata, peluang PH pada PRN kali ini tampak baik, malah dijangka mampu meraih majoriti lebih selesa, berdasarkan semangat kerjasama yang wujud dalam Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, hubungan dengan semua jentera pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan juga amat positif dan lebih teratur, berbanding ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), tahun lalu.

Beliau berkata, jentera PH turut me­nunjukkan komitmen tinggi bagi membantu kemenangan BN di DUN Dengkil.

“Pada PRU lalu, gabungan undi diraih pengundi BN dan PH sudah cukup untuk kita berada di depan. Saya berharap kerjasama BN dan PH pada PRN kali ini dapat mencetuskan keajaiban sekali gus mengekalkan tampuk pemerintahan kerajaan di Selangor.

“Fokus kita adalah mengembalikan semula seorang wakil rakyat yang benar-benar boleh berkhidmat di DUN Dengkil,” katanya.

Selain Noorazli, DUN Dengkil yang menyaksikan pertandingan empat penjuru ditandingi Datuk Seri Jamil Salleh daripada Perikatan Nasional (PN), calon Parti Utama Rakyat (PUR), Datuk Mohd Daud Leong Abdullah dan wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM), Darren Ong.

Secara tradisi, DUN Dengkil menjadi kubu kuat BN sejak kerusi itu dibentuk semasa PRU pertama pada 1959 yang dimenangi Datuk Seri Abu Bakar Baginda yang juga Menteri Besar Selangor.

Namun, kerusi itu dimenangi calon PH ketika itu, Adhif selepas menumbangkan BN dan Pas semasa PRU pada 2018 – 31 Julai, 2023.

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related