HEADLINES

Baddrol dedah sebab enggan kongsi manifesto, bimbang dicop ‘cakap banyak kerja tak buat’

Beliau mahu membantu anak muda di Gurun untuk memajukan diri dalam apa bidang sekali pun terutama sukan

12:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas kapten bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar yang bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun enggan mendedahkan manifestonya kerana bimbang janji yang ditabur tidak akan terlaksana, seperti wakil rakyat terdahulu.

Menurut Baddrol, beliau juga tidak mahu dikatakan ‘cakap banyak tapi tak buat (kerja)’.

“Orang duk gembar-gemburkan tentang manifesto saya. Saya ni jenis tak banyak bercakap. Kalau kita nak bercakap tentang manifesto sekali pun, kita rungkai satu persatu. Kalau saya cakap banyak sekali pun, manifesto tu saya tak buat nanti orang cakap ‘cakap banyak tapi tak buat’.

“Calon sebelum ini bentang manifesto, tapi satu pun tak buat. Saya tak mahu perkara yang sama berlaku pada saya,’’ katanya dalam video yang tular di media sosial ketika ini.

Baddrol, akan ditentang calon dari Pakatan Rakyat iaitu Mohammed Firdaus Johari, yang juga anak kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bagi kerusi DUN Gurun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, 12 Ogos ini.

Beliau bagaimanapun ingin membantu anak muda di Gurun untuk memajukan diri dalam apa bidang sekali pun terutama sukan.

“Saya ada pendirian saya sendiri. Saya mahu merealisasikan impian anak-anak muda di negeri Kedah ini khususnya di Gurun, memajukan lagi pemuda-pemuda di Gurun ini dalam apa bidang sekali pun terutama dalam bidang sukan,” katanya.

Baddrol memberitahu beliau terpikat dengan idea ‘The Greatest Kedah’ yang dinyatakan oleh Menteri Besar ketika pemimpin itu menawarkannya menyertai barisan PN di Kedah.

“Ketika pengumuman calon di Kedah baru-baru ini ada tokoh akademik, tokoh sukan, ustaz dan ulama. Mungkin kelebihan saya dalam bidang sukan. Sebab itu saya diberikan tawaran oleh Menteri Besar untuk memajukan pemuda-pemuda di negeri Kedah ini dalam bidang sukan dan apa-apa bidang sekali pun.

“Beliau pesan kepada saya jangan memilih kaum. Libatkan semua kaum yang ada di negeri kedah ini. Saya begitu terpikat dan rasa begitu bersemangat untuk memajukan apa yang dia cakap selama ini tentang ‘The Greatest Kedah’. Kalau kita mempertahankan Menteri Besar ini, Insya-Allah the greatest Kedah itu akan muncul,” ujarnya. – 1 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

[WATCH] PSM aims to transform sports venues into year-round lifestyle destinations: Dr Helmy

Malaysian Stadium Corporation chairman says the agency is moving beyond venue management by adopting transparent commercial policies, pursuing international partnerships and turning Kuala Lumpur Sports City into a vibrant public destination beyond match days

Home Ministry investigates alleged Israeli presence at Forest City ‘Network School’

Ministry says national security, immigration compliance and misuse of facilities are key concerns

Fadlun Mak Ujud appointed new KL Mayor, effective tomorrow

Fadlun, an experienced urban planner, has been appointed as the new Mayor of Kuala Lumpur. He succeeds Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif and is expected to drive the city's growth through sustainable and innovative urban development

Related