◉ HEADLINES

Bajet 2024: RM50 juta bina 4,000 ruang niaga, bayaran sewa 6 bulan pertama dikecualikan

Kerajaan turut bersetuju mengecualikan bayaran sewa kiosk bagi enam bulan pertama untuk rakyat berniaga

6:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,000 unit ruang niaga baharu yang seragam, selesa dan selamat akan dibina di seluruh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan peruntukan RM50 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, kerajaan turut bersetuju mengecualikan bayaran sewa kiosk bagi enam bulan pertama untuk rakyat berniaga.

“Pusat penjaja dan prasarana pasar awam yang uzur di 150 kawasan PBT akan dibaik pulih dan dinaik taraf dengan peruntukan RM110 juta .

“Kerajaan menyasarkan 10,000 gerai dan warung kecil untuk diperindah dan ditingkatkan tahap kebersihan dengan peruntukan RM10 juta,” katanya pada pembentangan Bajet 2024 di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, agensi Mara, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan turut menaik taraf kemudahan perniagaan mereka.

Katanya, ekonomi rakyat akan terus diangkat dan dimartabat.

“Saya tetap dengan azam yang sama iaitu mahu negara ini dikenali dengan kemudahan peniaga, gerai dan warung yang bersih, indah dan selamat.

“Saya beri jaminan bahawa kebajikan penjaja serta peniaga di pasar akan terus dipelihara bagi memastikan keselesaan buat mereka dan pengunjung,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Automation to wipe out cashiers, postal service, data entry clerks and bank tellers by 2030: WEF

Jobs in AI, cybersecurity, and renewable energy will be in high demand

◉ Related