◉ HEADLINES

Che Alias antara calon disenarai bertanding PRK Parlimen Kemaman

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, senarai itu masih di peringkat awal dan ketika ini, penelitian secara terperinci sedang dilaksanakan

6:20 PM MYT

 

SHAH ALAM – PAS mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid adalah antara calon disenaraikan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 12 Disember depan.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, senarai itu masih di peringkat awal dan ketika ini, penelitian secara terperinci sedang dilaksanakan untuk melihat jika parti mempunyai calon lebih baik.

“Dia (Che Alias) adalah seorang daripada calon yang tersenarai disebabkan mahkamah sudah membuat keputusan beliau masih boleh bertanding. Beliau tidak pun digugurkan.

“Justeru, beliau masih layak cuma siapa (sah menjadi calon), parti belum buat keputusan susulan belum bincang secara spesifik. Kita masih meneliti calon dan akan buat pengumuman nanti,” katanya pada sidang media Muktamar PAS kali ke-69 di di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim memaklumkan, calon bukan sahaja perlu diteliti di peringkat PAS Pusat, malah akan ditapis Majlis Syura Ulama bagi memastikannya mampu membawa kemenangan besar kepada Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, mengikut kebiasaan, PAS peringkat negeri akan menawarkan sekurang-kurangnya tiga nama calon.

“Buat masa ini, kita masih belum terima sebab proses dalam PAS, kawasan akan hantar nama ke PAS Pusat sebelum ketiga-tiga nama akan ‘diendorse’ Majlis Syura Ulama, bagi menentukan siapa yang layak bertanding.

“Sekiranya ketiga-tiga calon diluluskan Majlis Syura Ulama, ia akan diteliti semula PAS Pusat agar kita tengok siapa paling berkredibiliti atau lebih mudah mencapai kemenangan untuk parti. Apapun, kita akan umum dalam masa terdekat,” katanya.

Pada 26 September lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias yang mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November tahun lalu.

Ketika PRU-15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi, selepas memperoleh 65,714 undi, menewaskan Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi.

Dua lagi calon yang bertanding pada PRU-15 di Parlimen itu, Rosli Ab Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan), masing-masing meraih undi sebanyak 506 dan 8,340 undi – 21 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

MRCB stadium suit: Abdul Razak silenced, Hunter faces trial in absentia

Activist Abdul Razak bound by consent judgment in MRCB’s stadium redevelopment suit, permanently restrained from repeating allegations, while blogger Murray Hunter faces trial in absentia with judgment set for July 17

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

Police to summon Zamri Vinoth over alleged threatening, racist remarks

This following a police report lodged against the remarks purportedly made during a TikTok live broadcast

◉ Related