HEADLINES

Dakwaan minyak masak peket hanya dijual kepada warga asing adalah salah faham: KPDN

9:01 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan pemeriksaan di Pasar Raya NSK di Jalan Peel, Kuala Lumpur berhubung dakwaan penjualan minyak masak peket sekilogram kepada warga asing tanpa kawalan.

KPDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemeriksaan dijalankan penguat kuasa KPDN Kuala Lumpur selepas mengambil maklum laporan media dan video yang tular semalam, yang mendakwa jualan minyak masak peket bersubsidi kepada warga asing itu menyebabkan berlaku kekurangan bekalan dan warga tempatan tidak dapat membeli bekalan berkenaan. 

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku salah faham antara beberapa pelanggan yang ingin membeli minyak masak peket sekilogram bersubsidi dalam kuantiti yang banyak,” menurut kenyataan itu. 

KPDN memaklumkan pasar raya berkenaan telah mengehadkan pembelian minyak masak peket sekilogram bersubsidi maksimum hanya tiga peket sahaja bagi setiap transaksi, namun ada beberapa pelanggan yang tidak dibenarkan membuat pembelian melebihi had tersebut tidak berpuas hati.

“Pihak Pasar Raya NSK juga telah mengesahkan bahawa tidak berlaku penjualan minyak masak peket sekilogram hanya kepada warga asing sahaja seperti yang didakwa dalam video yang tular itu,” menurut KPDN serta menambah pihak pasar raya telah membuat satu laporan polis berhubung isu tersebut. – 15 September, 2023 

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Related