HEADLINES

DAP tak musuhi orang Melayu, bukan parti eksklusif satu kaum sahaja: Loke

2:43 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata DAP sama sekali tidak pernah memusuhi orang Melayu serta kaum lain dan bukannya parti eksklusif kepada satu kaum sahaja.

Loke menyatakan demikian susulan kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Persidangan DAP 2023 hari ini, yang turut melakar sejarah sebagai presiden Umno pertama hadir ke persidangan tersebut.

Secara berseloroh, Loke juga berharap Zahid yang datang bersama beberapa pemimpin Umno yang lain tidak ‘terperanjat’ melihat perjalanan persidangan berkenaan yang menggunakan bahasa kebangsaan.

Anthony Loke berkata DAP tidak memusuhi orang Melayu atau kaum lain dan parti itu tidak eksklusif kepada satu kaum sahaja. – Azim Rahman, Scoop, 10 September, 2023

“Datuk Seri (Ahmad Zahid) datang sini, lihat sendiri….adakah kita ini musuh kepada Melayu? jawapannya tidak. Kita bukan musuh kepada Melayu atau mana-mana kaum dan kita juga bukan (parti) eksklusif untuk satu kaum.

“Sebab dalam DAP kita mendukung Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bukan saja ucapan, (nak) pantun pun boleh,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar persidangan DAP 2023, hari ini.

Zahid memecah tradisi apabila menjadi Presiden Umno pertama menghadiri Persidangan Tahunan DAP yang berlangsung di sebuah hotel di sini, pagi ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Perdana Menteri itu bersama pemimpin Umno lain termasuk Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, tiba kira-kira jam 9.25 pagi sebelum diberi tepukan gemuruh oleh ribuan perwakilan.

Mengulas lanjut, Loke berkata kehadiran pemimpin Umno dan BN itu turut mencipta sejarah tersendiri kepada perjalanan persidangan sejak parti itu diasaskan pada Oktober 1965.

“Ini merupakan rekod baharu persidangan, sebab kali pertama dihadiri oleh Umno. Ini Presiden Umno pertama yang hadir,” katanya menyampaikan ucapan dasar persidangan itu hari ini.

Berdasarkan rekod, katanya persidangan DAP sebelum ini hanya pernah dihadiri oleh bekas Presiden Umno iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ketika itu bukan lagi ahli Umno.

“Sebelum ini ada, tapi bekas Presiden Umno yang hadir. Tapi beliau bukan ahli Umno ketika itu. Dalam sidang medianya, beliau sebut dia kata ‘saya terkejut, saya terperanjat’ sebab dia kata DAP sudah ubah persepsinya.

“(Dr Mahathir sebut) saya tak sangka pemimpin DAP berucap dalam Bahasa Melayu. Dia sebut lagi, saya lagi terperanjat saya bersama mereka nyanyi lagu DAP yang liriknya Bahasa Melayu. Saya harap bekas Presiden Umno itu tidak lupa sebab dia memang mudah lupa,” katanya. – 10 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Related