HEADLINES

DBP tarik diri dari Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt, selaras pendirian kerajaan dalam konflik Palestin-Israel

Ia selaras dengan pendirian kerajaan berhubung konflik Palestin-Israel pada ketika ini

5:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt 2023 (Frankfurter Buchmess) yang dijadualkan pada 18 hingga 22 Oktober ini.

Pesta buku berkenaan merupakan perhimpunan terbesar dalam industri penerbitan global.

DBP dalam satu kenyataan berkata ia selaras dengan pendirian kerajaan berhubung konflik Palestin-Israel pada ketika ini.

“Selaras dengan pendirian kerajaan dalam konflik Palestin-Israel pada ketika ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023,’’ katanya.

Media antarabangsa melaporkan pesta buku ke-75 itu juga sebelum ini telah membatalkan majlis anugerah kepada penulis buku Palestin, Adania Shibli dengan perang Palestin-Israel sebagai alasan.

Novel Adania bertajuk ‘Minor Detail’ telah menerima pujian daripada pengkritik dan dijadual menerima hadiah sastera Jerman ‘LiBeraturpreis’ pada 20 Oktober ini, iaitu anugerah yang diberikan setiap tahun kepada penulis dari Afrika, Asia, Amerika Selatan dan Arab.

‘Minor Detail’ adalah mengenai pembunuhan seorang kanak-kanak Palestin oleh tentera Israel pada 1949. Ia pernah dicalonkan untuk National Book Award pada 2020 dan International Booker Prize pada 2021.

Perang Palestin-Israel sejak 7 Oktober lalu telah mengorbankan 2,750 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, manakala 9.700 orang dilaporkan cedera. – 16 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Related