◉ HEADLINES

Debat REE, Sanusi masih ada masa ubah fikiran, syarat jangan maki ‘kepala bapak’: Saifuddin

Sanusi perlu jawab isu ini (REE) melalui satu cara iaitu debat tapi dia menolak

3:26 PM MYT

 

PADANG TERAP – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor masih ada masa untuk mengubah fikiran selepas menolak untuk berdebat mengenai isu kecurian unsur nadir bumi (REE).

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, debat itu juga bagi membolehkan rakyat negeri Kedah menilai setiap fakta dan dokumen dikemukakan di pentas debat tersebut.

“Sanusi perlu jawab isu ini (REE) melalui satu cara iaitu debat tapi dia menolak… jadi debat itu saya rasa Sanusi masih ada masa untuk mengubah fikiran.

“Saya kemukakan faktanya, dokumennya, saya kemukakan dan kemudian rakyat Kedah buat penilaian, syaratnya tak boleh maki ‘kepala bapak’, itu sahaja,” katanya pada sidang media selepas mengadakan walkabout bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Pekan Naka, hari ini.

Hasrat untuk menyaksikan Sanusi dan Saifuddin berkongsi pentas debat berhujah mengenai isu kecurian REE di kaca televisyen tidak kesampaian.

Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris yang menawarkan platform debat tersebut memaklumkan Saifuddin bersetuju tetapi Sanusi menolak pelawaan berkenaan.

“Sepertimana semua sedia maklum, saya tawarkan platform debat dengan saya sebagai moderator bagi pihak Sanusi dan Saifuddin bertujuan masing-masing berdepan membawa hujah berbanding jaguh hanya di depan penyokong. Biarkan rakyat menilai. Itu sahaja.

“Pihak Saifuddin sudah bersetuju. Alhamdulillah. Tadi saya follow up dengan pegawai Sanusi dan dia memaklumkan beliau tidak setuju untuk hadir,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Pada Khamis lalu, pengacara itu menawarkan diri untuk mempertemukan Saifuddin dan Sanusi di pentas debat dan tawaran itu dibuatnya selepas melihat Sanusi diasak bertalu-talu dalam isu kecurian REE di Kedah.

Jelasnya, Amin Idris Show yang disiarkan di media sosial mencadangkan tarikh debat pada 7 Ogos depan atau bergantung persetujuan kedua-dua pihak. – 6 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related