◉ HEADLINES

Dialog bersama Menteri: ‘Perkara dibangkitkan warga KKM sedang dalam tindakan’ – Dr Zaliha

Beliau bertekad mewujudkan ekosistem kerja lebih inklusif, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, beberapa perkara yang dibangkitkan warga Kementerian Kesihatan (KKM) pada sesi dialog dengan beliau di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam, sedang dalam tindakan.

Beliau berkata, berhubung isu elaun perpindahan pegawai perubatan ke Sabah dan Sarawak, perkara itu sedang dibincangkan beliau, Bahagian Sumber Manusia (BSM) KKM dan Kementerian Kewangan untuk pertimbangan berdasarkan peraturan perbendaharaan.

“Isu penurunan gred bagi pegawai farmasi dan pergigian yang dilantik ke skim tetap, akan turut dibawa ke perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Tempoh kontrak maksimum lima tahun bagi pegawai farmasi juga mendapat perhatian saya. Saya akan minta Bahagian Sumber Manusia untuk menilai semula bagi memastikan laluan kerjaya profesion ini lebih terjamin,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi. 

Dr Zaliha berkata, cadangan untuk pendigitalan sistem kesihatan juga akan menjadi keutamaan untuk dimantapkan dan diperluaskan ke fasiliti KKM di seluruh negara, selain ingin melihat Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dilaksanakan dalam kadar segera.

“Sesi libat urus bersama warga kerja kementerian seperti ini adalah platform kepada warga KKM untuk menyampaikan pendapat secara terus kepada saya sebagai Menteri Kesihatan.

“Insya-Allah, saya bertekad mewujudkan ekosistem kerja yang lebih inklusif, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat,” katanya. – Bernama, 14 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related