HEADLINES

Dikecam anak terima tajaan biasiswa Maiwp, Zulkifli jawab pelajar adalah asnaf fisabilillah

Perkara paling penting yang ramai perlu tahu ada 8 pembahagian asnaf, bukan hanya fakir miskin. Pelajar termasuk di bawah asnaf fisabililah

9:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata anaknya mendapat biasiswa daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) untuk menyambung pengajian di Universiti Jordan adalah kerana pelajar adalah asnaf fisabilillah.

Beliau yang juga bekas Mufti berkata, atas sebab itu anaknya boleh menerima zakat yang sesuai dengan kelayakannya dan asnaf fisabilillah tidak mengambil kira latar belakang keluarga. 

“Perkara paling penting yang ramai perlu tahu ada lapan pembahagian asnaf. Asnaf bukan hanya fakir miskin. Tak tepat fakir miskin dan asnaf. Pelajar termasuk di bawah asnaf fisabililah.

“Makluman tambahan, walaupun sebagai bekas Menteri dan bekas Mufti, saya tiada pencen. Ia jawatan kontrak,” katanya.

Beliau sebelum itu telah memuat naik ciapan beserta beberapa keping gambar di Twitter bagi berkongsi berita gembira itu semalam selepas anaknya, Abdul Syakur menamatkan pengajian di Pondok Moden Al-‘Abaqirah Maiwp dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang.

Bagaimanapun netizen mula mempersoalkan kewajaran wang zakat Maiwp itu yang digunakan sebagai tajaan biasiswa bagi membantu anaknya yang bukan dari kalangan fakir miskin malah tidak berdepan masalah kewangan memandangkan kedudukan Zulkifli sebagai bekas mufti dan mantan menteri agama.

Seorang pengguna @seissavage turut meninggalkan komen yang merasakan secara moral tidak sepatutnya biasiswa itu diberikan atas kapasiti Zulkifli yang pernah menjadi mufti dan menguruskan sistem zakat berkenaan.

“Salam Dr zul. Maaf saya ingin memberi pandangan peribadi saya. Benar anak Dr layak dapat biasiswa penuh zakat tu melalui asnaf fisabilillah. Tapi sy x (tak) rasa secara moralnya ia patut berlaku memandangkan Dr sendiri pernah menjadi mufti, pernah mengurus sistem berkenaan,” katanya.

Seorang lagi netizen @shaguramigoreng turut menulis jika mantan menteri itu tidak mengupah jurugambar dan memuat naik gambar di sosial media, tiada siapa mengetahui anaknya mendapat biasiswa penuh dari pembayar zakat

Zulkifli kemudiannya membalas hantaran itu yang disifatkan beliau sebagai satu sangkaan tidak baik. 

“Saya tidak hire jurufoto semata-mata untuk tujuan berkenaan. Saya memang ada jurufoto, ada team media yang sentiasa ikut saya ke mana-mana. 

“Saya telah jelaskan baik-baik di thread sebelum ini tapi nampaknya saudari masih tidak dapat terima beberapa salah faham saudari.

“Wajar untuk saya uar-uarkan di media sosial sebagai kempen kepada pembayar zakat, pusat zakat, disamping menolak sangkaan yang mungkin keluar bila saya “diam-diam” dan diketahui kemudian hari,” tulisnya. – 22 September, 2023.

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related