HEADLINES

Facebook digodam bukan lagi medium rasmi SPA Perak, tindakan sewajarnya sudah diambil

Suruhanjaya itu menerusi satu kenyataan meminta orang ramai untuk melayari laman sesawang sedia ada untuk mendapatkan maklumat terkini

10:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak memaklumkan laman Facebooknya yang digodam semalam, bukan lagi medium rasmi agensi itu.

Susulan itu, suruhanjaya itu menerusi satu kenyataan meminta orang ramai untuk melayari laman sesawang sedia ada di https://spa.perak.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat terkini.

Jelasnya lagi, tindakan sewajarnya telah diambil bagi memastikan gangguan yang berlaku tidak berlarutan.

“Pejabat ini memahami keresahan yang dirasai oleh ramai pihak berkenaan gangguan yang dialami oleh Laman FB rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak. 

“Dimaklumkan bahawa pejabat ini telah mengambil tindakan sewajarnya sejak awal perkara tersebut berlaku dan kini berada di bawah tindakan pihak berwajib,”  katanya.

Pada masa sama, SPA Perak turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk orang awam yang prihatin terhadap masalah yang berlaku.

Semalam, SPA Perak dalam kenyataan memaklumkan laman sosial Facebook milik agensi itu telah digodam pihak tidak bertanggungjawab kira-kira jam 12.47 tengah hari.

Semakan mendapati sebanyak 10 video lucah serta aksi mengghairahkan dimuatnaik dan disertakan tanda pagar (hashtag) seperti #ElonMusk, #CR7, #FacebookWatchMeta, #nasa dan #EURO2024 di Facebook tersebut.

Sehingga jam 10 pagi ini, video lucah tersebut masih ada di Facebook berkenaan. – 17 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related