◉ HEADLINES

Gempa bumi: Na’im zahir takziah kepada rakyat, kerajaan Maghribi

Beliau mendoakan semoga rahmat Allah menyertai masyarakat ditimpa musibah serta mereka yang terbabit usaha mencari dan menyelamat

3:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Maghribi, susulan gempa bumi yang sedang menimpa negara berkenaan.

Beliau berkata, fikiran dan doanya bersama mereka yang kehilangan orang tersayang semasa masa sukar ini, malah mengharapkan mangsa cedera segera sembuh.

Mohd Na’im juga mendoakan semoga rahmat Allah menyertai semua masyarakat yang ditimpa musibah terbabit dan mereka yang terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat, selain memberi ganjaran berlipat ganda atas kesabaran mereka.

“Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Maghribi yang terjejas gempa bumi dahsyat yang melanda barat daya Marrakech lewat Jumaat.

“Lebih 2,000 kematian dan ribuan lagi kecederaan dilaporkan setakat hari ini berikutan gempa bumi itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, pihak berkuasa Maghribi memaklumkan, gempa bumi paling dahsyat melanda negara berkenaan pada Jumaat lalu, sejak beberapa dekad.

Kejadian itu dilapor menyebabkan kerosakan dengan penduduk dan pelancong berada dalam ketakutan bagi menyelamatkan diri pada tengah malam.

Laporan kajian geologi Amerika Syarikat menyatakan, gempa bumi berukuran 6.8 magnitud itu melanda kawasan pergunungan, iaitu 72 kilometer di barat daya kawasan tumpuan pelancong bandar Marrakesh pada jam 11.11 malam waktu tempatan.

Gegaran kuat turut dirasai di bandar pantai Rabat, Casablanca dan Essaouira. – 10 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related