HEADLINES

Himpunan Freedom For Palestine dikecam, sebilangan peserta sifatkan tidak capai matlamat

Peserta kecewa kerana digelar 'zionis' hanya kerana membawa sepanduk kecam Netanyahu

4:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penganjur Himpunan Freedom For Palestine yang dianjurkan oleh Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di Dataran Merdeka, hari ini, diselar sebahagian peserta yang menyifatkan ia sebagai tidak memenuhi objektif.

Ini kerana mereka mendakwa penganjur tidak membenarkan peserta mengangkat sepanduk mengecam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selain larangan melaungkan Allahu Akbar.

Malah ada yang mendakwa penganjur turut menggelar mereka yang mengangkat sepanduk mengecam Netanyahu sebagai ‘zionis’.

Peserta membawa sepanduk pembebasan Palestin serta kecaman terhadap zionis. – Abdul Razak/Scoop, 22 Oktober, 2023

Komen-komen berkenaan memenuhi media sosial VPM dengan ramai yang menggambarkan himpunan terbabit sebagai tidak mencapai solidariti kepada Palestin, yang kini sedang dibedil zionis sejak 7 Oktober lalu.

“Nak buat demo tetapi takut Amerika Syarikat marah, baik tak payah. Saya pergi bersemangat tadi awal, siap datang dari jauh untuk demo tapi suam-suam kuku sahaja amarah tu.

“Penganjur jika nak menjaga kepentingan baik tak payah anjurkan demo ini,’’ kata seorang peserta, Zulkhairi Zawawi di dalam Facebook Viva Palestina Malaysia.

Pengerusi VPM, Datuk Dr Musa Mohd Nordin menyampaikan ucapan pada Himpunan Freedom For Palestine. – Azim Rahman/Scoop, 22 Oktober, 2023


Himpunan Penganjur Himpunan Freedom For Palestine diadakan di Dataran Merdeka pagi tadi, dengan anggaran kira-kira 10,000 orang menyertainya.

Ia turut disertai Nurul Izzah dan penceramah lain seperti ketua gereja Goh Keat Peng, pelakon dan model terkenal, Kavita Sidhu serta aktivis hak asasi manusia, Tan Zee Kin yang membuat penampilan sebagai tetamu kehormat.

Pelakon dan model terkenal, Kavita Sidhu turut menyampaikan ucapan pada Himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka, pagi tadi. – Azim Rahman/Scoop, 22 Oktober, 2023

Dalam pada itu, pelakon Qi Razali turut mengecam penganjur kerana menggelar mereka sebagai ‘Zionis Israel’ hanya kerana mengangkat sepanduk mengutuk Israel.

“Saya menjerit kepadanya (penganjur’) di tengah-tengah gelombang peserta sambil menggelarnya memalukan,” katanya yang turut menyifatkan ia sebagai himpunan yang paling ‘lembik’ pernah disertainya sebelum ini.


Seorang lagi warga maya menulis, badan bukan kerajaan (NGO) seperti ini lemah dah memalukan sehingga laungan takbir dan mengangkat sepanduk zionis pembunuh pun tidak dibenarkan.

Sumaiya Razif pula meminta VPM melihat bagaimana penganjuran solidariti dilaksanakan di luar negara termasuk di Australia dan United Kingdom (UK).

Sumaiya turut memberikan komen menyelar Himpunan Freedom For Palestine yang tidak mencapai sasaran. – Tangkap layar dari Facebook VPM, 22 Oktober, 2023

“Situ (Australia, UK) pun diadakan secara aman, pelbagai agama dan bangsa, tapi ada nampak semangat dan ada kemarahan serta ketegasan.

“Lebih baik penganjuran VPM ini diadakan di hotel atau dewan tertutup,’’ katanya.

Scoop telah menghubungi, Pengerusi VPM, Datuk Dr Musa Mohd Nordin untuk mengulas mengenai isu ini.

Setakat ini seramai, 4,385 penduduk Palestin telah terkorban dalam serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober lalu dengan mangsa turut melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa– 22 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Three JDT players banned following FIFA ruling: MFL CEO

League to enforce suspensions as FAM prepares appeal over FIFA’s ruling on heritage player

End of Bumiputera majority stake? Sunway makes RM3.15 per share takeover offer for IJM Corp

Despite earlier denials, Sunway’s bid to acquire IJM Corp could reshape Malaysia’s construction sector

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related