HEADLINES

31,243 jemaah haji Malaysia berada di tanah suci, penerbangan terakhir tiba esok

Seramai 31,243 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci menerusi 99 penerbangan, manakala baki 357 dijadual tiba esok malam melengkapkan keseluruhan 31,600 jemaah musim ini

9:46 AM MYT

 

MAKKAH – Sebanyak 31,243 daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia bagi musim 1447H/2026M telah selamat tiba di Tanah Suci menerusi 99 penerbangan setakat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata penerbangan terakhir yang membawa jemaah lain dijadual tiba esok sekitar 9.10 malam waktu tempatan, sekali gus melengkapkan keseluruhan 100 penerbangan membawa semua jemaah haji Malaysia ke Madinah dan Jeddah.

“Dengan ketibaan penerbangan terakhir esok, ia menandakan kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia telah berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji tahun ini,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini. 

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua jemaah haji Malaysia yang melibatkan syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines.

Mengulas mengenai perjalanan haji 1447H/ 2026M, beliau berkata operasi yang dikendalikan Lembaga Tabung Haji (TH) berjalan lancar dengan kebajikan serta keselamatan jemaah terus menjadi keutamaan. 

“Alhamdulillah, TH berjaya meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan haji daripada pelbagai aspek dan perspektif. 

“Kita mempunyai pengurusan haji yang terbaik dan kini mahu mengangkatnya ke satu tahap lebih tinggi hingga menjadi penanda aras dunia dalam pengurusan haji,” katanya.

Antara penambahbaikan yang mendapat perhatian jemaah tahun ini ialah penyediaan bas ulang-alik percuma 24 jam ke Masjidil Haram bagi jemaah yang menginap antara satu hingga 1.5 kilometer dari kawasan masjid, selain kemudahan katil sofa, khemah penebat haba serta sistem pendingin hawa lebih sistematik di kawasan masyair. – 20 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related