HEADLINES

Himpunan Selamatkan Malaysia dijangka bergerak ke IPD Dang Wangi

Laporan itu mungkin dibuat pemimpin tertinggi parti, NGO

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Himpunan Selamatkan Malaysia dijangka bergerak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis terhadap Kerajaan Perpaduan.

Menurut sumber daripada sekretariat perhimpunan, individu yang akan membuat laporan itu kemungkinan pemimpin tertinggi parti dan badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, laporan itu bagi membolehkan pihak berwajib dapat meneliti semula salah laku kerajaan Persekutuan dalam melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan AkalBudi.

“Kemungkinan selepas kita mula (berarak) dari Masjid Jamek Kampung Baru ke pusat membeli-belah dan Dataran Merdeka, baru kita akan beramai-ramai bergerak menuju ke IPD Dang Wangi.

“Saya tidak pasti siapa pemimpin yang akan buat laporan polis nanti, tapi ia membabitkan pemimpin tertinggi PN.

“Mereka dilihat sudah berpaling arah dalam melawan rasuah dan integriti. Ini perlu dihentikan…,” katanya ketika ditemui Scoop di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini.

Berdasarkan pemerhatian Scoop sekitar jam 1.10 petang, peserta dilihat masih tidak mencapai jumlah peserta seperti diharapkan sekretariat himpunan itu, apabila hanya kira-kira 200 individu hadir. – 16 September, 2023

Topics

 

Hangat

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related