HEADLINES

Ikmal Hisham serah surat penjelasan dakwaan hisap vape, sedia dihukum jika terbukti bersalah

8:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz sedia dikenakan hukuman tegas jika terbukti beliau menghisap rokok elektronik (vape) di Parlimen pada 19 September lalu.

Beliau juga berharap tindakan tegas diambil mengikut peraturan tetap Dewan Rakyat terhadap jurugambar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Sadiq Asyraf yang memfitnahnya.

Pada masa sama, Ikmal Hisham turut memaklumkan beliau sudah menyerahkan surat penjelasan berhubung isu itu kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin di Parlimen pada jam 3 petang, hari ini.

“Pada 21 September lalu saya menerima surat daripada Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat yang memohon penjelasan mengenai dakwaan saya menghisap vape dalam Dewan Rakyat.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya saya menghisap vape kerana saya bukan perokok. Ketika itu saya hanya pegang sebatang pen yang diletakkan pada bibir secara spontan.

“Sebab itu saya minta Speaker Dewan Rakyat untuk kemukakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membersihkan nama saya,” katanya kenyataan, hari ini.

Menurutnya, jika terbukti beliau tidak bersalah, tindakan jurugambar Perdana Menteri tersebut jelas mencemari kemuliaan Dewan Rakyat.

Beliau turut mengesahkan tindakan saman terhadap jurugambar berkenaan bermula dan notis saman akan diserahkan Jumaat ini.

“Dalam saman saya kepada jurugambar itu, saya minta dia menurunkan posting (hantaran) yang dibuat di Twitter. Jelas dia membuat tuduhan jahat terhadap saya melalui postingnya itu.

“Bagi saya ini satu jenayah, sebab tanpa usul periksa dia terus tuduh orang hisap vape. Vape ini ada asap, tapi yang ini tak ada asap.

“Jika kita dapat rakaman CCTV, salinan gambar yang diambil kita dapat membuktikan saya tidak menghisap vape,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila Sadiq memuat naik gambar tersebut di laman sosial, X dengan keterangan ‘betul-betul koyak terus tarik vape sambil keluar dewan’. – 27 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Related