HEADLINES

Israel luaskan operasi ketenteraan di Gaza, rangkaian komunikasi terputus terus

Gangguan terbabit menyebabkan angka kematian dan kecederaan akibat serangan Zionis tidak dapat diketahui dengan segera

8:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Keadaan di Semenanjung Gaza semakin tegang apabila tentera Israel telah meluaskan operasi darat dengan sasaran serangan adalah pejuang Hamas di wilayah berkenaan.

Laporan berita Al-Jazeera memaklumkan media antarabangsa serta agensi bantuan kemanusiaan kini telah terputus hubungan dengan staf mereka di Gaza ketika seluruh wilayah itu mengalami gangguan komunikasi.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi Palestin, Paltel dalam pada itu berkata ‘gangguan sepenuhnya’ berlaku ke atas rangkaian internet, telefon bimbit dan talian perkhidmatan tetap.

Gangguan terbabit menyebabkan angka kematian dan kecederaan akibat serangan Zionis tidak dapat diketahui dengan segera.

Situasi terbaru ini menjadikan Palestin kini berada dalam ‘pengasingan’ apatah lagi selepas sebahagian bekalan elektrik terputus sejak beberapa minggu lalu, manakala bekalan air dan makanan telah kehabisan.

Berikutan keadaan yang semakin tegang, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menggesa gencatan senjata dilaksanakan segera dengan bantuan kemanusiaan serta perkhidmatan penting dibenarkan sampai ke Gaza tanpa halangan.

Pengundian semasa Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi yang ditaja Jordan diluluskan oleh Perhimpunan Agung, dengan 120 undi menyokong, 14 menentang, dan 45 tidak mengundi.

Setakat ini seramai 7,326 rakyat Palestin terkorban dengan 60% daripadanya adalah kanak-kanak serta wanita. – 28 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Related