HEADLINES

Isu ‘fatwa haram’ Muhyiddin tidak jejaskan kempen PN: Zulkifli

Zulkifli Jaafar tidak mahu ulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana beliau sendiri tidak terdengar Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakannya ketika ceramah baru-baru ini

8:59 PM MYT

 

JOHOR BAHRU — Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar menegaskan isu berkaitan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai ‘fatwa haram’ tidak akan menjejaskan kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Sabtu ini.

Zulkifli berkata, ini kerana beliau tidak memainkan isu peribadi untuk menyerang lawan ketika berkempen apatah lagi pengundi di situ bijak menilai perkara buruk atau baik.

“Saya tidak mahu ulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana saya sendiri tidak terdengar beliau (Muhyiddin) menyatakannya ketika ceramah baru-baru ini. 

“Bagaimanapun, isu tersebut tidak akan menjejaskan perjalanan kempen kami kerana saya sama sekali tidak memainkan isu peribadi untuk menyerang pihak lawan,” katanya kepada Scoop ketika ditemui selepas walkabout Pasar Malam Taman Sutera, hari ini. 

Bukit Aman sebelum ini memaklumkan sedang menjalankan siasatan terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan ‘fatwa’ haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat dalam satu ceramah di Nusa Bestari, di sini, kelmarin.  

Dalam pada itu, Zulkifli memberitahu keputusan mahkamah melepaskan tanpa dibebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada kes melibatkan dana Yayasan Akalbudi sebagai ‘bonus’ kepada kempen PN di Pulai dan Simpang Jeram.

“Ia memberikan kelebihan dalam membantu kempen saya dan jentera di Parlimen Pulai. Saya yakin pengundi akan meneliti secara terperinci isu tersebut dan tidak mustahil disebabkan perkara itu, pengundi akan memberikan undi kepada PN,’’ katanya.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi diasaskannya.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan kes itu, memohon kepada mahkamah supaya Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada kesemua pertuduhan berkenaan. – 4 September, 2023

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Related