HEADLINES

‘Jika tiada usaha untuk pastikan halal, maka ia haram,’ kata Mufti Sabah

Saya tidak bersetuju dengan perkataan 'jika tidak tahu ia haram, maka ia tidak haram' kerana ini bermakna orang itu tidak berusaha untuk mengetahui status makanan itu : Bungsu

9:00 AM MYT

 

SANDAKAN – Mufti Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar mengingatkan umat Islam bahawa mereka mempunyai kewajipan untuk memastikan makanan yang diambil adalah halal, jika tidak hukumnya adalah haram kerana mereka tidak berusaha untuk mengetahui status makanan diambil itu.

“Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘jika tidak tahu ia haram, maka ia tidak haram’ kerana ini bermakna orang itu tidak berusaha untuk mengetahui status makanan itu.

“Jika mereka hanya makan (tanpa memastikan makanan itu benar-benar halal), bermakna mereka telah memakan makanan yang haram,” katanya kepada Scoop.

Baru-baru ini, bagi tempoh sembilan bulan tahun ini, Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam berjaya merampas makanan sejuk beku dengan nilai rampasan kira-kira RM44,281,391.70.

Ia melibatkan lapan serbuan di Sabah dan dua di Sarawak.

Susulan rampasan berkenaan mencetuskan persoalan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk Islam di Sandakan sama ada ayam tersebut yang tidak diketahui status halalnya dipasarkan di Sandakan.

Mengulas lanjut, Bungsu berkata, umat Islam dinasihatkan hanya membeli bahan-bahan dari sumber halal sahaja dan bukan syubhah iaitu tidak jelas mengenai hukum antara halal serta haram.

“Pastikan yang ada logo halal, ada perakuan halal dari pihak berwajib. Kalau tidak jelas, mesti dielakkan kerana ia termasuk bahan-bahan syubhah yang boleh membawa kepada haram. Wallahualam,” tambah Bungsu.

Bungsu turut menegaskan bahawa umat Islam seharusnya membeli makanan mentah atau yang telah siap dimasak di kedai atau restoran yang mempunyai sijil halal.

Dalam masa itu, seorang penjual ayam di Pasar Muhibbah, Batu 3, di sini, memberitahu Scoop bahawa penjualan ayamnya tidak terjejas meskipun terdapat laporan mengenai rampasan penyeludupan makanan beku itu.

Katanya, ada beberapa pembeli sudah mula bertanya tentang sumber daging ayam yang dijualnya, namun dia yakin dengan status halal ayam yang dijual kerana dia mendapatkan bekalan daripada sebuah kilang ayam yang mempunyai sijil dan lesen halal yang diiktiraf.

“Nampaknya, tidak ramai yang risau. Orang ramai masih juga yakin, selain daripada beberapa pelanggan yang bertanya tentang sumber daging ayam mentah yang saya jual,” tambahnya. – 2 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related