◉ HEADLINES

JPN nafi dakwaan 54,000 warga China diberi kewarganegaraan

JPN menegaskan bahawa permohonan kewarganegaraan sentiasa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuat kuasa

4:14 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan untuk menjadi pengundi DAP.

JPN dalam kenyataan hari ini berkata petikan yang ditular itu telah dimanipulasi daripada sebahagian kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution semasa sidang akhbar pada 9 Januari lepas sempena lawatan kerja rasmi beliau ke JPN.

Menurut JPN, inti pati kenyataan Saifuddin ketika itu adalah memaklumkan komitmen beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu dilantik untuk membuat keputusan lulus atau gagal terhadap permohonan kewarganegaraan yang telah tertunggak sekian lama tanpa dibuat sebarang keputusan.

Menurut JPN lagi, jumlah 54,000 permohonan yang disebut merujuk kepada jumlah permohonan dari 2017 sehingga 2022 meliputi pelbagai permohonan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dan dari pelbagai latar belakang keturunan dan negara asal.

Berdasarkan rekod jabatan itu dari 2019 hingga 31 Julai lepas, hanya 45 individu dari China dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia secara keseluruhan (Perkara 19(1) mengikut negara asal),” menurut JPN.

JPN menegaskan bahawa proses yang dilaksanakan berkaitan penganugerahan taraf kewarganegaraan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.

“Penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat,” menurut JPN.

JPN menegaskan bahawa permohonan kewarganegaraan sentiasa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan yang berkuat kuasa.

Permohonan kewarganegaraan hanya boleh dikemukakan setelah seseorang itu memenuhi syarat yang diperuntukkan di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan,  kesahtarafan anak dan peraturan imigresen, katanya. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

MRCB stadium suit: Abdul Razak silenced, Hunter faces trial in absentia

Activist Abdul Razak bound by consent judgment in MRCB’s stadium redevelopment suit, permanently restrained from repeating allegations, while blogger Murray Hunter faces trial in absentia with judgment set for July 17

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

Police to summon Zamri Vinoth over alleged threatening, racist remarks

This following a police report lodged against the remarks purportedly made during a TikTok live broadcast

◉ Related