HEADLINES

Kawalan keselamatan PM dipertingkat: KPN

Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap perkara itu

1:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan pendedahan beliau semalam, berhubung banyak ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap perkara itu.

“Kawalan keselamatan terhadap Perdana Menteri menjadi keutamaan kita,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, ugutan terbabit mungkin melibatkan soal ekonomi atau sektor lain seperti eksport negara.

Razarudin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan Anwar bahawa beliau menerima banyak ugutan dari negara luar susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Semalam, Anwar ketika menyampaikan amanat pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, turut berkata Malaysia akan kekal bebas dan terus mempertahankan kebebasan negara dan memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.

Himpunan dihadiri lebih 16,000 rakyat Malaysia pelbagai latar belakang, bangsa dan agama itu bertindak umpama “pembesar suara” bagi menunjukkan sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dan menekan tindakan kejam Israel.  

Razarudin berkata himpunan itu berlangsung dalam keadaan terkawal dengan melibatkan lebih 300 anggota polis. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related