◉ HEADLINES

Kekosongan kerusi DUN Pelangai akan dimaklumkan pada SPR, yang penting selesaikan urusan pengebumian: Sharkar

'Mulanya saya keliru sebab ada banyak Johari (di Pahang), tetapi apabila melihat nombor kad pengenalan bermula 1970 bermakna 53 tahun dan kita dapat jangka Johari Harun yang meninggal dunia' : Sharkar

7:41 AM MYT

 

KLANG — Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Seri Johari Harun dalam kemalangan pesawat ringan di Elmina, Shah Alam petang semalam, akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin bagaimanapun berkata, pihaknya akan membantu menyelesaikan urusan pengebumian Allahyarham Johari terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut.

“Apa-apapun kita mahu selesaikan urusan jenazah ini terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, malam tadi.

Proses pengecaman dan bedah siasat dijangka selesai tengah hari ini. – Gambar Scoop, 18 Ogos, 2023

Johari, 53, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Shah Alam, petang semalam.

Mohd Sharkar berkata Johari menaiki pesawat berkenaan atas urusan rasmi. Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat bersama Menteri Besar, Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Langkawi, Kedah.

“Mulanya saya keliru sebab ada banyak Johari (di Pahang), tetapi apabila melihat nombor kad pengenalan bermula 1970 bermakna 53 tahun dan kita dapat jangka Johari Harun yang meninggal dunia,” katanya yang menyifatkan Johari sebagai seorang yang rajin dan sentiasa mendapatkan nasihat daripadanya berkaitan politik. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Automation to wipe out cashiers, postal service, data entry clerks and bank tellers by 2030: WEF

Jobs in AI, cybersecurity, and renewable energy will be in high demand

◉ Related