◉ HEADLINES

Keluar kenyataan jemput Teresa Kok datang Langkawi tanpa pakaian, Suhaimi dikecam

Kenyataan itu diucap Suhaimi ketika Teresa mencelah dengan bertanyakan sama ada pelancong boleh berseluar pendek ketika bercuti di Langkawi

7:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dikritik gara-gara mengeluarkan kenyataan berbaur lucah terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika sesi perbahasan Bajet 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika Suhaimi sedang berucap, Teresa mencelah dengan bertanyakan sama ada pelancong boleh berseluar pendek ketika bercuti di Langkawi.

“Pergi pantai Langkawi boleh pakai seluar pendek ke?” soal Teresa.

Suhaimi kemudiannya berkata, dia mengundang Teresa untuk ke pulau peranginan itu tanpa berpakaian.

“Saya nak jemput khusus kepada YB Seputeh datang (Langkawi), tak nak pakai apa pun tak mengapa.

“Saya nak bayangkan bagaimana Seputeh nak datang Langkawi tanpa pakai apa-apa di Langkawi,” katanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng kemudian mengarahkan perbahasan dihentikan atas alasan masa sudah tamat.

Suhaimi bagaimanapun menyalahkan Teresa kerana dia yang bertanya berkaitan pemakaian seluar pendek di Langkawi terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin kemudian mengarahkan Suhaimi menarik balik kenyataan itu.

“Tarik baliklah, jangan buat sangkaan jahat,” kata Zhemin.

Teresa turut membidas Suhaimi dengan berkata, “Lucahlah… fikiran kurang bersih.”

Alice kemudian mencelah dan meminta semua duduk dan tidak membazir masa di Dewan Rakyat.

Menerusi tinjauan di laman X atau dahulunya dikenali sebagai Twitter, rata-rata netizen menyifatkan kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan Ahli Parlimen memandangkan sesi Dewan Rakyat itu disiarkan secara langsung dan boleh ditonton seluruh rakyat Malaysia.

“Jijik betul wakil PN (Perikatan Nasional) ini bercakap. Ini bukan taraf penggubal undang-undang tapi level (taraf) kedai kopi bawah pokok. Kasihanlah dekat pengundi-pengundi di Langkawi, memalukan mereka undi dia,” kata Ehsan Zakaria.

“Tak senonoh betul! Diharap YB Seputeh ambil tindakan di atas pencabulan perkataan itu!” kata Yuki Zurinara.

Bulan lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyangkal dakwaan terdapat larangan terhadap pelancong bukan Islam memakai seluar pendek dan minum minuman keras di Langkawi.

Perkara itu terlebih dahulu dibangkitkan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa terdapat pelancong mengadu kepada kementerian berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa pegawai kerajaan tertentu di Langkawi yang mengganggu pelancong mengenai etika berpakaian dan pengambilan alkohol. – 26 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

I recommended the seven heritage players: Tengku Muda Pahang

Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah said the footballers were recommended to the Football Association of Malaysia (FAM) through proper channels with the genuine intention of strengthening the national team

Home Ministry’s 6 banned books mostly young adult romances, 3 of them LGBT-related

Ministry says bans are a 'preventative action' against harm from content it deems unsuitable for public consumption.

Pas sacks three Perlis assemblymen over alleged mutiny against MB

The party expels Saad Seman, Fakhrul Anwar Ismail, and Mohd Ridzuan Hashim following their submission of statutory declarations against the Menteri Besar’s leadership

◉ Related