◉ HEADLINES

Keputusan tidak rasmi: BN pertahan DUN Pelangai, ‘tahniah Amizar’

Wee Ka Siong dan Dr Akmal turut berkongsi ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bentong berkenaan

8:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu selepas meraih undi majoriti, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.15 malam ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang turut dikongsikan Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook, Amizar memperoleh 6,553, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Kassim Samat meraih 3,642 dan calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasli (40) setakat ini.

“Tinggal tiga lagi saluran daripada 31 keseluruhan saluran,” katanya.

Lebih meyakinkan, apabila Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong merakamkan ucapan tahniah kepada Amizar di atas kemenangannya dalam mempertahankan kerusi DUN Pelangai.

Jelasnya, kejayaan itu juga dilihat hasil daripada keutuhan kerjasama jentera parti Kerajaan Perpaduan yang sentiasa bekerjasama erat untuk memastikan kemenangan.

“Tahniah Amizar dan BN. Terima kasih pengundi kerana memilih calon BN dalam PRK DUN Pelangai. Sememangnya inilah calon terbaik.

“Saya cukup yakin Amizar akan terus bekerja untuk rakyat dan mengangkat suara warga Pelangai ke DUN Pahang dengan baik.

“Sekalung penghargaan buat Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Hoh Khai Mun dan Pengerusi MCA Bahagian Bentong, Datuk Kang Meng Fuat yang bertungkus-lumus mengetuai Jentera MCA untuk PRK DUN Pelangai sehingga mencapai kemenangan mutlak buat BN!,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh turut berkongsi rasa gembira dan berterima kasih kepada pelbagai pihak, khususnya pengundi serta jentera atas usaha mereka memberi kemenangan kepada parti.

“Alhamdulillah, (DUN) Pelangai kekal milik BN, terima kasih pada semua pengundi dan jentera yang bertungkus-lumus,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

PRK Pelangai diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong susulan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Allahyarham Johari menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan Kassim yang mendapat 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH), Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) dan calon Pejuang, Isa Ahmad (65 undi). – 7 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related