HEADLINES

Kerajaan masih tanggung RM10.8 bilion subsidi elektrik

Pengurusan subsidi yang lebih bersasar dan mampan adalah menjadi keutamaan

5:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Terdapat penjimatan kira-kira RM4 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini yang melibatkan subsidi elektrik, susulan langkah kerajaan untuk tidak lagi memberikan subsidi penuh tarif elektrik kepada syarikat-syarikat besar yang menggunakan tenaga elektrik pada tahap yang tinggi mulai tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata kerajaan masih menanggung jumlah subsidi elektrik sebanyak RM10.8 bilion berbanding jumlah asal RM14.9 bilion.

Beliau berkata pengurusan subsidi yang lebih bersasar dan mampan adalah menjadi keutamaan, dalam memastikan perbelanjaan Kerajaan dapat disalurkan kepada keperluan pembangunan yang dapat memberi nilai tambah lebih tinggi kepada ekonomi negara.

“Kerajaan juga sedang mengkaji pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar berasaskan kepada model yang bersesuaian dan kebolehlaksanaan dengan mengenal pasti kaedah yang bukan sahaja berkesan. malah menjimatkan masa serta memberi implikasi kewangan yang paling minimum kepada Kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan sidang khas Dewan Negara Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Sim berkata dalam konteks menentukan penerima subsidi yang layak juga perlu dipelbagaikan kerana jenis subsidi dan golongan pengguna adalah berbeza.

“Penetapan kriteria kelayakan masih dalam penilaian kerana amatlah penting ia dikaji dengan teliti agar agihan sumber dibuat dengan lebih cekap dalam masa yang sama mengurangkan kesilapan exclusion dan inclusion.

“Sehubungan itu, satu pasukan petugas khas yang telah diwujudkan di bawah Kementerian Kewangan sedang mengkaji mekanisme pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar bersesuaian yang melibatkan semua kumpulan masyarakat baik B40, M40 mahupun T20, sama ada di bandar atau kawasan luar bandar,” katanya. – 25 September, 2023

TAG: subsidi bersasar, subsidi elektrik, Steven Sim Chee Keong, perbahasan

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Consumer group slams 900% vape tax proposal as ‘illogical and self-defeating’

The Malaysian Organisation of Vape Entity (MOVE) warns that the Health Ministry’s plan to hike vape liquid tax from 40 sen to RM4 per millilitre will drive users to the black market, undermine public health goals, and punish smokers seeking safer alternatives

Related