HEADLINES

Kerajaan Pahang serah urusan kebumi mangsa nahas pesawat kepada waris

Perkara itu dimaklumkan melalui taklimat ringkas pihak berkuasa kepada waris yang menunggu, di Jabatan Forensik hospital berkenaan

4:50 PM MYT

 

KLANG – Kerajaan negeri Pahang menyerahkan sepenuhnya urusan pengebumian mangsa nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lepas, kepada waris masing-masing.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata urusan tersebut merupakan isu peribadi dan hak keluarga mangsa yang terlibat.

“Bagi kerajaan negeri, terserah kepada keluarga untuk memutuskan pengebumian berkenaan tidak semestinya pengebumian satu lahad dibuat, ia terpulang kepada keluarga dan kita perlu menghormatinya,” kata beliau ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan jenazah mangsa nahas itu berkemungkinan dikebumikan dalam satu lahad sekiranya dipersetujui waris.

Perkara itu dimaklumkan melalui taklimat ringkas pihak berkuasa kepada waris yang menunggu, di Jabatan Forensik hospital berkenaan.

Mohd Sharkar berkata kerajaan negeri akan memfokuskan terhadap perkara lain, agar urusan pengebumian mangsa dapat disegera dan dipermudahkan.

Tragedi yang berlaku pada 2.48 petang itu, menyaksikan sebuah pesawat terhempas dan mengorbankan kesemua dua kru dan enam penumpang, selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing.

Pemerhatian Bernama di perkarangan Jabatan Forensik HTAR sehingga petang ini mendapati tiada waris nahas berkenaan berkumpul di khemah yang sediakan.

Terdahulu, isteri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, hadir ke Jabatan Forensik HTAR pada 11 pagi tadi.

Datin Seri Maziah Samsudin turut dilihat bertemu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung jenazah suaminya.

Sementara itu, Hussein ketika ditemui pemberita berkata satu lagi keputusan padanan asid deoksiribonukleik (DNA) dijangka diperoleh petang ini dan jenazah akan diserahkan kepada waris mangsa pagi esok. – 19 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related