◉ HEADLINES

Kerajaan perkenal Program Komuniti Madani, sedia geran sehingga RM100,000

Anwar berkata, program tersebut bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti

9:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan Program Komuniti Madani di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bagi mendukung usaha memartabatkan ekonomi komuniti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM1 bilion di bawah Dana Komuniti Madani (DKM) bagi menyediakan geran antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada komuniti untuk menjayakan Program Komuniti Madani.

“Hari ini, naskhah Belanjawan 2024 yang saya jinjing kemas di dalam beg ini hasil usaha komuniti kraf tempatan.

“Saya yakin, kita sebenarnya boleh mengangkat martabat ekonomi komuniti setempat supaya menghasilkan pendapatan bermakna buat mereka,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, program tersebut bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti.

“Ia membabitkan lima sektor tumpuan, iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula.

“Setiap komuniti, baik di kampung mahupun di bandar, akan diberi kebebasan bermusyawarah untuk memutuskan sektor tumpuan pilihan mereka,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Indonesian driving licences to be recognised in Southeast Asia from June 2025

Identity cards to also serve as driving licences, police official says

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

◉ Related