“Amboi makcik mai planet mana bisik-bisik orang tengah solat,” netizen bengang tindakan individu tarik kerusi

Rata-rata netizen menganggap pelaku itu tiada ‘common sense’ kerana bukan sahaja tidak menunggu jemaah selesai solat, tetapi tetap mengalihkan kerusi walaupun ia sedang digunakan

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Adab ketika bersolat di masjid seharusnya dijaga bagi memastikan ibadah dilakukan sempurna, selain memelihara hubungan baik dan keselamatan antara jemaah.

Bagaimanapun, masih ada individu tidak mengutamakan aspek itu apabila mencetuskan situasi tidak menyenangkan dan boleh mengundang kemarahan serta bahaya.

Selepas insiden warga emas terlentang selepas kerusi digunakannya untuk solat dialihkan dalam kejadian baru-baru ini, terbaharu, seorang individu bercerita mengenai situasi dihadapi isterinya ketika bertarawih di sebuah masjid di ibu negara.

Menerusi kisah dikongsikan di Facebook menggunakan nama Majdi Nadwan, individu terbabit berkongsi mengenai tindakan seorang ‘makcik’ yang ingin mengambil kerusi digunakan isterinya.

Dia berkata, isterinya memerlukan kerusi ketika solat untuk duduk dan sujud disebabkan keadaan diri kurang mengizinkan kerana hamil.

“Elok tengah berdiri solat di rakaat pertama, tiba-tiba datang seorang makcik ni berbisik di telinga (isteri).

“Adik, adik guna ke kerusi ni, makcik nak guna kerusi ni boleh? Makcik tak larat, nanti makcik sakit. Bisik waktu solat weh!” katanya.

Individu terbabit berkata, makcik itu kemudian ingin mengambil kerusi berkenaan dan bertanya semula ‘kalau adik guna, adik angguk ya…’

“Isteri saya yang tengah solat tu tak tau nak respon macam mana. Boleh ke nak angguk ni. Batal solat ke macam mana. Adoi. Jadi isteri saya tak angguk, teruskanlah solat dan cuba fokus.

“Dan makcik tu pun ambil kerusi tu. Hahahaha,” katanya.

Kecewa dengan tindakan itu, lelaki terbabit menganggap sikap makcik terbabit ‘kurang manis’ memandangkan kerusi berkenaan sedang digunakan individu yang benar-benar memerlukannya.

Menurutnya, pada pandangannya, jika benar makcik terbabit memerlukan kerusi itu, dia seharusnya menunggu sehingga isterinya menghabiskan solat dahulu.

Tambahan, katanya, ia membabitkan solat sunat yang tidak memerlukan makcik terbabit ‘terkejar-kejar’, selain seharusnya menghormati individu lain kerana sudah tentu ia digunakan orang ramai kerana situasi memerlukan.

“Makcik, yang pertama kalau makcik nak ambil kerusi tu pun, tunggulah habis solat dulu. Solat tarawih dua rakaat saja. Lagipun kerusi tu memang betul-betul belakang punggung orang tu, maksudnya memang dia guna.

“Yang kedua, solat terawih ni sunat saja tak wajib nak kejar-kejar, tapi kalau solat wajib pun masih tak boleh buat macam tu, tapi nasib baik makcik bisik dulu ye…Kalau tak, kan dah terduduk isteri saya kat situ. Risau,” katanya.

Meninjau ruangan komen, netizen memberikan pelbagai pandangan mengenai kisah dikongsi Majdi itu, dengan rata-rata tidak bersetuju apa dilakukan makcik terbabit.

“Tak tahu la mana lagi tak logik, dia still ambil kerusi tu atau dia tanya waktu orang tengah solat tu,” kata seorang netizen.

“Ya Allah kesiannya masyarakat kita kan,” komen seorang individu secara sinis.

“Dah berumur pun tak ada common sense,” ujar seorang pengguna.

“Hamil pula tu, bahayanya kalau tak perasan kerusi dialihkan,” kata individu lain.

“Amboi makcik mai (datang) planet mana ni bisik-bisik orang tengah solat,” tulis netizen.

“Kalau kaki kerusi dah letak sebaris dengan saf tak faham lagi tak tahulah,” kata seorang pengguna. – 27 Mac, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related