HEADLINES

Kerajaan Perpaduan akan terus utamakan aspek bekalan makanan, harga barangan : Amirudin

Sejak ditubuhkan November tahun lalu, pentadbiran Anwar giat melaksanakan pelbagai program melalui kawalan harga bagi meminimumkan beban kos sara hidup rakyat

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan sentiasa memberi keutamaan kepada aspek bekalan makanan, terutama dari segi harga.

Itu ikrar dinyatakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Di bawah Kerajaan Perpaduan, bekalan makanan akan sentiasa menjadi keutamaan, terutama dari segi bekalan dan harga,” katanya.

Amirudin berkata demikian ketika berkongsi aktiviti turun padang beliau di Pasar Seksyen 6 Shah Alam, bagi menyokong kempen dijalankan calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi.

“Pagi ini bersarapan di Pasar (Besar) Seksyen 6 Shah Alam bersama calon N40 Kota Anggerik, Saudara Najwan Halimi. Alhamdulillah, ramai mengambil kesempatan berkunjung ke pasar ini pada Ahad untuk membeli barang keperluan.

“Saya turut bertemu peniaga dan persatuan peniaga pasar,” katanya.

Sejak ditubuhkan November tahun lalu, Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat giat melaksanakan pelbagai program bagi meminimumkan beban kos sara hidup rakyat melalui kawalan harga barang.

Ia termasuk menerusi Belanjawan 2023 seperti diakui pakar bidang apabila Kerajaan Perpaduan memperuntukkan dana terbesar dalam sejarah negara dengan peruntukkan RM388.1 bilion menerusi subsidi, bantuan serta pelbagai insentif.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pula menerusi kenyataannya sebelum ini memaklumkan, kenaikan harga barang dan perkhidmatan atau inflasi berada pada kadar lebih rendah sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pentadbiran negara.

Malah, sejak awal tahun ini, inflasi dilaporkan menunjukkan trend mereda, di mana kadarnya pada Mei lalu adalah 2.8 peratus, berbanding April lalu yang menyaksikan kadar inflasinya 3.3 peratus, manakala Mac (3.4 peratus), manakala masing-masing 3.7 peratus pada Februari dan Januari lalu. – 6 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related