◉ HEADLINES

Kuasa yang diamanah mesti ditumpu pada pemerkasaan rakyat, bukan sakau projek kerajaan

Bukan sibuk ubahsuai kediaman rasmi perdana menteri dan susun anak menantu untuk cekau dan sakau projek-projek kerajaan!

11:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara ini mesti diselamatkan dari pihak yang bicara mengenai soal bersih tapi realitinya jauh bertentangan.

Tegas Perdana Menteri, negara ini di landasan yang tepat untuk bergerak ke hadapan, terutamanya dalam membangun ekonomi.

“Kuasa yang diamanahkan mesti ditumpu kepada pemerkasaan hak serta ekonomi rakyat.

“Bukan sibuk ubahsuai kediaman rasmi perdana menteri dan susun anak menantu untuk cekau dan sakau projek-projek kerajaan!,’’ katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Anwar menyentuh mengenai perkara tersebut pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Stadium Paroi, semalam.

Program tersebut turut dihadiri oleh rakan-rakan dari gabungan Kerajaan Perpaduan.

Lantaran itu, Anwar berkata, rakyat pelbagai kaum mesti berpadu dukung Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan pemerkasaan ekonomi rakyat.  — 9 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

MACC seizes RM9.7mil in assets linked to RM300mil fund probe

Commission confirms 10 witnesses called as investigation into alleged misappropriation intensifies

LRT 3 fault free run: Meeting between Prasarana and main con scheduled next week

Transport Minister Anthony Loke says FFR still pending as priority is safety

Rental for Ramadan bazaar sites under DBKL reduced to RM400: Hannah Yeoh

Move to ease hawkers’ burden, but they must ensure good quality food and fair prices

◉ Related