◉ HEADLINES

Laporan USA Today tak tepat, exco Pulau Pinang nafi dakwaan Bukit Bendera ‘perangkap pelancong’

Ulasan buruk yang diperhati mengandungi 24 komen dan tidak mempertimbang komen baik yang jauh lebih banyak, berbanding komen buruk mengenai Bukit Bendera

8:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan pusat peranginan Bukit Bendera antara 100 ‘perangkap pelancong’ terbesar Asia seperti dilaporkan akhbar Amerika Syarikat (AS), USA Today.

Exco Pelancongan dan Ekonomi, Wong Hon Wai berkata, laporan yang disiarkan pada 24 Ogos itu tidak tepat kerana dihasilkan berdasarkan 24 ulasan buruk yang diambil secara rawak.

“Ulasan akhbar berkenaan mempunyai keterbatasan dengan pengumpulan data. Ia hanya berdasarkan ulasan menggunakan satu bahasa sedangkan terdapat bahasa utama lain digunakan di rantau ini seperti bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.

“Ulasan buruk yang diperhati mengandungi 24 komen dan tidak mempertimbang komen baik yang jauh lebih banyak, berbanding komen buruk mengenai Bukit Bendera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, sejak 1923, seramai 47 juta pengunjung direkodkan datang ke Bukit Bendera sekali gus menjangkau rekod lebih sejuta pelancong setiap tahun.

Hon Wai yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, kebanyakan yang berkunjung ke situ merupakan pelancong berulang dan ini jelas menunjukkan mereka tertarik dengan negeri itu.

“Kerajaan negeri sentiasa melakukan penambahbaikan dengan projek kereta kabel Bukit Bendera yang bakal dilaksanakan tidak lama untuk memberikan pengalaman baru buat pengunjung,” katanya.

Terdahulu, akhbar USA Today menyenaraikan Bukit Bendera sebagai ‘perangkap pelancong’ terburuk di Asia dan destinasi pelancongan itu berada di tangga kesembilan bagi peringkat dunia.

Ia berdasarkan analisis 23.2 juta ulasan Google mengenai 500 tarikan pelancong paling popular merangkumi 65 negara di enam benua pada Julai 2023.

Berdasarkan laporan akhbar itu, ‘perangkap pelancong’ yang dimaksudkan ialah gambaran kepada destinasi tumpuan ramai yang lazimnya mengenakan bayaran berlebihan kepada pelancong. – 26 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia pushes ahead with AI-powered smart cities through global partnerships

Four major agreements signed at Smart City Expo Kuala Lumpur to drive digital transformation

ZUS Coffee files police report after viral incident involving staff and foreign customer

The report is to ensure the safety of its employees and to protect their privacy, says local coffee company

Expanded quota: M-League clubs allowed to register 33 players for 2025–26 season

MFL adds three local player slots per team, citing absence of youth squads and MFL Cup

◉ Related