HEADLINES

Lelaki kibar bendera Israel sudah diambil keterangan, keluarga maklum ada masalah mental tapi…

Polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes itu

10:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sudah mengambil keterangan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang didakwa mengibarkan bendera Israel di sebuah premis di Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, keluarga suspek mendakwa lelaki tersebut yang juga seorang peniaga mengalami masalah mental.

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut mendapati dia mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah narkotik.

“Keluarga suspek memaklumkan lelaki itu mempunyai masalah mental. Pelaku sudah memohon maaf dan menurunkan bendera berkenaan,” katanya.

Menurutnya, ketika ini polis masih menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes itu.

Terdahulu, tindakan pemilik sebuah premis perniagaan di Terengganu menggantung bendera Israel di luar kedainya mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok (@sekompo_2u), bendera tersebut jelas kelihatan dikibarkan di premis berkenaan.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan pemilik premis terbabit yang seolah-olah menyokong perjuangan rejim Zionis.

Pada masa yang sama, netizen turut mempersoalkan bagaimana individu tersebut boleh mendapatkan bendera berkenaan.

Namun, ada pula beranggapan ia mungkin perbuatan khianat yang sengaja dilakukan oleh pihak tertentu. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related